
“Berkawan tak semestinya bercinta dan bercinta tak semestinya berkahwin.” Syad Itu cara Luthfi Insyad cuba mendekati Zahra Zulfa. Tetapi semakin dia mendekati, semakin jauh wanita itu pergi. “You’re not her cup of tea. It’s like, you are the Proton to her Bentley.” – Milia Malah, Milia juga mengingatkan dia agar berputus asa saja dari mendekati wanita itu. “Giving up is not on my list.” – Syad Insyad yakin, dia mampu mendekati wanita itu. Kerana baginya, Zahra juga tidak ada beza dari wanita-wanita yang pernah menjadi temannya. “Bear in mind, you takkan dapat tundukkan I.” – Zahra Egonya tercalar, maruahnya seakan tercabar. Mustahil dia tidak mampu mendekati wanita itu sedangkan dia pakar dalam hal-hal sebegitu. Namun begitu, dalam mengejar Zahra, tak disangka hati terpaut sayang. Sehingga dia sanggup menawarkan wang ringgit demi meraih cinta dari wanita itu. Tetapi, mampukah cinta yang hanya berlandaskan wang ringgit itu kekal buat selamanya? “Saya akan jaga Ara lebih baik dari nyawa saya sendiri.” Syad Janji dilafazkan walaupun hati masih berteka-teki.