
Johan pejamkan mata. Mengubah persepsi masyarakat harus bermula dengan dirinya sendiri. Islamofobia memungkinkan dia disumbat ke dalam penjara. Jika tidak kerana pengaruh datuknya, disitulah dia berada sekarang. Dia membayangkan wajah emaknya dan wajah ayahnya yang tidak mampu dibayangkan. Sebuah perjuangan yang panjang menantinya. Dan perjuangan itu harus bermula dengan mencari dan mengenal susur galurnya. ________________________________ Novel ini telah memenangi tempat PERTAMA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2011 Pertama Deru Angin Hafizah Iszahanid Kedua Waris Pejuang Ruhaini Matdarin Ketiga Rimba Jiwa Sri Rahayu Mohd Yusop Hiasan Latar Kulit : koleksi Naza Hamed