Margins
Detektif Vampire book cover 1
Detektif Vampire book cover 2
Detektif Vampire book cover 3
Detektif Vampire
Series · 3 books · 2024-2025

Books in series

Detektif Vampire book cover
#1

Detektif Vampire

Patung Voodoo

2024

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH ELIT CENDERAWASIH! Sesi penggal pertama Anaqi di sekolah elit itu dikejutkan dengan kejadian ngeri seorang pelajar perempuan kerasukan mencederakan diri sendiri. Anaqi yang memiliki kuasa psychometric mendapat imbasan-imbasan kabur di lokasi kejadian. Patung voodoo bersama-sama kertas ritual ditemui. Kemudian, seorang demi seorang pelajar kerasukan dan mencederakan diri sendiri. Dan semua pelajar ini adalah ahli-ahli kelab sorak. Hafiy dan Bazli, dua rakan baharu Anaqi sentiasa memujuknya menyertai kelab detektif yang mana ahlinya cuma mereka berdua. Kelab detektif akan ditutup sekiranya mereka gagal mendapatkan ahli baharu. Namun, Anaqi tidak berminat. Bagaimanapun, mereka bertiga bersama-sama cuba membongkar misteri di sebalik kes sihir patung voodoo yang semakin kerap terjadi. Petunjuk mereka tertumpu pada Lara, seorang pelajar yang sering menjadi mangsa buli mangsa-mangsa sihir sebelum ini. Adakah ini caranya Lara membalas dendam terhadap mereka yang membulinya? Anaqi sedar ada tangan asing yang sedang memanipulasi pelajar-pelajar sekolah ini. Apakah tujuannya? Kenapa Sekolah Menengah Elit Cenderawasih yang dipilih?
Detektif Vampire book cover
#3

Detektif Vampire

Ilusi Maut

2025

TIK TOK! TIK TOK! TIK TOK! BUNYI JAM BERDETIK! Doktor Wardah, seorang pakar psikiatri menerima pesakit bernama Hadi, yang sukar menghadapi kenyataan kematian anak dan isterinya. Ibu bapa Hadi meminta pertolongan Doktor Wardah memadam memori hitamnya menerusi hipnosis. Namun, sesuatu telah berlaku. Hadi mula dihantui ilusi kehadiran seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Lama-kelamaan gangguan ilusi itu memberikan kesan kepada mental Hadi sehingga dia tidak dapat membezakan antara realiti dan ilusi. Tidak lama kemudian Hadi hilang secara misteri. Tanpa sengaja, Cikgu Farisha bersama Kelab Detektif Vampire terlibat dengan masalah Doktor Wardah. Mereka cuba menyelongkar dalang di sebalik ilusi-ilusi yang dikaitkan dengan hipnosis sehingga menyebabkan kematian. Malah mereka juga terdedah kepada ancaman bahaya ketika dalam proses mencari si pelaku yang sebenar. Anaqi perlu mendapatkan petunjuk yang terakhir sebelum dia dan rakan-rakan menjadi mangsa seterusnya. Kelab Detektif Vampire bekerjasama dengan Inspektor Farid dan Detektif Lee bagi menangkap si pelaku sebenar. Di sebalik kejadian yang menimpa keluarga Hadi, ada rahsia yang bakal terbongkar.
Detektif Vampire book cover
#4

Detektif Vampire

Papan Ouija

2025

“KAU BOLEH TANYA ‘DIA’ DAN ‘DIA’ AKAN JAWAB PERTANYAAN KAU MELALUI ABJAD-ABJAD YANG TERTERA DI ATAS PAPAN OUIJA.” Suatu ketika dahulu, sebuah papan ouija meragut nyawa beberapa remaja sebagai korban. Dikatakan ia membawa sumpahan kepada sesiapa yang bermain permainan berunsur syirik itu. Bertahun kemudian, satu tragedi hitam menimpa sekumpulan ahli kelab ragbi, mengorbankan salah seorang daripada mereka. Sejak itu, Hairul, Ashrof, dan Shahril mula diganggu makhluk misteri yang memburu mereka selama empat belas hari. Dalam keadaan terdesak, Hairul mendapatkan bantuan Kelab Detektif Vampire untuk menjejak semula papan ouija yang telah hilang secara misteri. Kes baharu dibuka. Hafiy, Bazli dan Anaqi perlu mencari cara untuk memusnahkan papan ouija itu sebelum ada lagi yang menjadi mangsa permainan maut tersebut. Banglo lama yang baru dibeli oleh ayah Hairul menjadi tumpuan siasatan kerana di situlah papan ouija itu mula ditemui. Di sebalik kisah papan itu, tersembunyi rahsia yang kelam. Aura hitam yang menyelubungi papan itu menyukarkan Anaqi menggunakan kuasa psikometriknya bagi mencari petunjuk seterusnya. Kelab Detektif Vampire mula menerima tekanan dan ancaman penutupan setelah mereka berkeras mahu meneruskan siasatan kes itu. Namun, mereka sedar terlalu banyak yang dipertaruhkan untuk berpatah balik. Mampukah Anaqi dan rakan-rakannya menyelongkar misteri papan ouija hingga ke penghujung, atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya?

Author

Ilya Abdullah
Ilya Abdullah
Author · 10 books

Nama lain Qurratu'ain atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved