
Di Tengah Arus merupakan himpunan 13 buah cerpen dan 13 buah puisi, 26 orang penulis yang memenangi hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Keseluruhan cerpen dan puisi memaparkan tema memartabatkan bahasa Melayu. Persoalan dan isu bahasa yang sebelum ini diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa, cuba diaplikasikan oleh penulis ke dalam karya-karya mereka. Dengan kepelbagaian teknik yang digunakan dan gaya penceritaan yang bersahaja, mampu menarik minat pembaca untuk menghayati cerpen-cerpen dan puisi-puisi tersebut. Puisi-puisi yang terdapat dalam antologi ini juga memberi kesegaran kepada jiwa pembaca melalui bahasa yang indah dan mekar. ______________ Keputusan pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP (2007) CERPEN Hadiah Pertama (RM5,000) - Baharin Ramly "Di Tengah Arus" Hadiah Kedua (RM4,000) - Faisal Tehrani "Rindu Ini Luar Biasa" Hadiah Ketiga (RM3,000) - Ahmad Syuhaimi Adnan "Mitigasi Seorang Pejuang Bahasa" * Hadiah Saguhati (RM1,000 setiap satu) Nurul Izwazi Mohd Noor "Bilik 101" Norhashimah Hashim "Detik-detik Terakhir" Zanazanzaly "Kalam Munsyi" Zubaidah Ishak "Krisis" Arina Mohd Rosli "Memoir Melayu di Bumi Asing" Haji Azman Ahmad "Pohon Jejawi Khanyam Samlou" Osman Ayob "Riak Perubahan" Md Nizar Parman "Saudagar Bahasa" Azami Arshad "Tiang Cengal" W.B. Rendra "Titip Tinta Versi Strawberi" PUISI Hadiah Pertama (RM4,000) - Jamaludin D "Menyisir Tirai Jendela" Hadiah Kedua (RM3,000) - Ali Bukhari Amir "Balada Burhan di Kota Raya" Hadiah Ketiga (RM2,000) - Sahrunizam Abdul Talib "Lidah Ibu" * Hadiah Saguhati (RM700 setiap satu) Nor Hariyati Salimin "Bahasaku - Di Sini Segalanya" Mohd Jim Hamzah "Bahasaku Terus Mengalir" Nazim Subari "Di Atas Peterana Bangsa" Hasan Baseri Budiman "Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam (2)" Saifulizan Yahaya "Mahkota (Jawapan kepada Sang Nila Utama Yang Bertanya)" Fauziah binti Abd. Ralip "Mari Kita Cegatkan Martabat Bahasa di Mercu Gemilang" Ruzaini Yahya "Pengelana Waktu" Yusmiyani Yusoff "Sumpah Anak-anak Bangsa" Ramli Hashim "Tegap Pohon Bahasaku" Mohd Taufek bin Mahamud "Wibawa Bahasa"
Authors

Sahrunizam memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang (1977-1982), kemudian belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak (1983-1987) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Pada 1991-1993, beliau mengikuti Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (bidang Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2002. Beliau pernah memenangi pelbagai hadiah; antaranya pernah dipilih sebagai pemenang Sayembara Menulis dan Mendeklamasi Puisi Puteri Pos Kebangsaan (2000), Sayembara Menulis Puisi Perpaduan Darul Iman (2001), Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam Kuantan (2002), Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobile bagi penilaian 2002, 2003, 2004 dan 2010, Sayembara Penulisan Puisi Kepenggunaan Kebangsaan (2006), Sayembara Mengarang Puisi Klasik Nasional dan KEKKWA (2007). Kumpulan puisi beliau, Bahasa Senjata memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P