Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Dongeng Sri Bangsar
Dongeng Sri Bangsar
Series · 8 books · 2011-2017
By
Ain Maisarah
,
Izanor Sharif
,
Ida Munira Abu Bakar
Books in series
#1
Cinderellah vs. Rapunzellah
2011
Fizz Fazlullah terperangkap di alam dongeng semasa dia berada dalam keadaan koma. Dia diperintahkan oleh Konsortium Pari-pari supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cinderellah. Adiknya, Tizz Tiranah juga termasuk ke dalam alam dongeng selepas menemui sebuah perpustakaan lama di dalam sekolah Sri Bangsar yang dipercayai pintu masuk ke alam dongeng. Mereka berdua akhirnya bergabung idea untuk menyelesaikan masalah Cinderellah. Semuanya berjalan lancar hingga jemputan majlis di istana. Kemunculan Rapunzellah menjadi pesaing kepada Cinderellah membuatkan Tizz dan Fizz terpaksa menukar rancangan mereka. Pelbagai usaha dilakukan namun Rapunzellah enggan mengalah dan membuatkan Cinderellah menjadi bertambah marah. Milo, seekor kucing terbang yang dijumpai di dalam stor konsortium turut serta dalam misi mereka. Apabila pelbagai usaha mereka secara keras gagal, mereka menggunakan strategi baru iaitu pelan damai termasuk merekabentuk menara untuk Rapunzellah. Akhirnya, Rapunzellah menerima pelan damai tersebut dan mereka berjaya dalam misi mereka kali ini. Namun begitu, Fizz dikenakan syarat harus menyelesaikan 10 masalah di alam dongeng untuk kembali semula ke dunia nyata.
#2
Duyung Diva & Si Tanggang
2011
Cerita ini merupakan sambungan kisah Fizz dan Tizz yang mengembara ke alam dongeng. Setelah berjaya menyelesaikan kes Cinderellah, kes kedua yang diberikan adalah kes di lautan. Mereka perlu menyelesaikan kes seekor duyung yang mahu jadi manusia. Pada mulanya Fizz sangat teruja. Maklumlah, dapat bertemu duyung yang dikatakan sangat cantik rupawan orangnya. Rupanya setelah bertemu, baru Fizz mengetahui duyung bernama Puteri Arella itu sangat sombong, banyak kerenah dan keras kepala. Puas dinasihatkan supaya jangan mahu menukar asal kejadian, Puteri Arella tetap berdegil. Malah tetap mahu mencari cara-cara naik ke daratan. Tizz, Fizz dan Milo bergabung tenaga, menghalang Puteri Arella daripada bertemu Putera Raja dan seterusnya bercinta. Dengan bantuan paus bernama Moby Dick yang akan menelan semua kapal-kapal manusia. Namun entah di mana silapnya, Puteri Arella bertemu dengan Tanggang pula. Tanggang si anak derhaka yang belayar berbulan-bulan di lautan hingga tidak ingatkan keluarga. Dapatkah Tizz dan Fizz menyelesaikan kisah Duyung Diva dan Si Tanggang?
#3
Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib
2012
Ini sambungan kisah pengambaraan Fizz Fazlullah dan Tizz Tiranah di alam dongeng. Kes ketiga yang perlu diselesaikan melibatkan dilema Alakudin yang mengadu kehilangan jin lampu ajaib di dongeng padang pasir. Dia perlukan jin itu kerana ingin memohon hajat supaya dapat hidup bahagia bersama Puteri Wangi Jasmin. Misi bermula dengan usaha mengesan di mana letaknya gua tempat Alakudin terperangkap. Bantuan dari Milo akhirnya menciptakan pertemuan bersama Alakudin, klien lelaki yang bersifat Raja Drama. Selepas berbincang mereka sepakat membuat pengumuman iklan menerusi radio Era Dongeng berkenaan kehilangan jin. Sesiapa yang memberi info tepat akan dihadiahkan ganjaran. Tiga pemanggil gagal memuaskan hati kumpulan pencari jin kerana ternyata maklumat yang diberi semuanya palsu. Sia-sia membazir masa dan tenaga menuju ke lokasi yang kononnya dihuni jin. Alakudin terlalu kecewa, mengeluh, marah-marah dan mula berputus asa. Tizz menasihati Alakudin sekaligus menukar rancangan asal. Mereka tidak akan mencari jin lagi. Mereka mahu Alakudin berusaha sendiri mendekati dan memikat hati Puteri Wangi Jasmin. Pelbagai modul dan kelas pun berlangsung. Demi mewujudkan transformasi unggul dalam diri Alakudin. Dalam pada itu, jin yang selama ini dicari-cari muncul sambil menunjukkan sokongan. Alakudin sudah bersedia dan dengan yakin menuju ke istana. Tiba-tiba, dia dikejutkan berita tentang tuan puteri yang sudah diculik. Semua ahli kumpulan bersatu berusaha mengesan kehilangan Puteri Wangi Jasmin yang misteri. Akhirnya, misi Alakudin bergabung menjadi dua. Menyelamatkan serta meluahkan perasaan pada masa yang sama. Rasa lega bertebaran apabila kes yang ketiga ini selesai dan memiliki penamat yang bahagia.
#4
Senah White dan Wannababes Kerdil
2012
Ini sambungan kisah pengambaraan Fizz Fazlullah dan Tizz Tiranah di alam dongeng. Kes Senahwhite adalah kes keempat yang perlu diselesaikan melibatkan kehadiran The Wannababes seramai tujuh orang di dongeng salji. Misi mereka ialah menyelamatkan Senahwhite dari gangguan pihak musuh dan memastikan kehidupannya terus aman dan bahagia. The Wannababes yang suka mengutuk dan mengkritik kisah dongeng kini terperangkap di alam dongeng. Mereka hanya boleh keluar dengan syarat kes Senahwhite dapat diselesaikan. Milo yang mula-mula membawa mereka bertemu Senahwhite dan menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Fizz dan Tizz yang terkejut melihat kehadiran The Wannababes tanpa pilihan terpaksa menjalinkan kerjasama. Sementara Fizz, Tizz dan Milo keluar menyiasat siapa pihak musuh yang dengkikan Senahwhite serta mencari jalan penyelesaian, The Wannababes dipertanggungjawabkan tinggal di rumah. Mereka bertemu dengan Ratu yang tidak mengaku perbuatan jahatnya mengugut Senahwhite. Ratu merupakan duta produk Seri Salju selama tiga tahun berturut-turut. Ratu bimbang kedudukannya dirampas oleh Senahwhite. Setiap tawaran berdamai yang diberikan para ejen ditolak mentah-mentah oleh Ratu. Rupa-rupanya Ratu tidak bersendirian. Ada dua pembantu yang berpihak padanya dan dalam diam menjalankan rancangan jahat Ratu. Mereka menyamar sebagai orang biasa dan cuba mencederakan Senahwhite. The Wannababes yang berlagak diva dan tidak bersungguh-sungguh menjaga Senahwhite menyebabkan mereka langsung tidak menyedari kewujudan penjahat. Selepas berbincang, The Wannababes akhirnya mengubah sikap. Mereka turut bersemangat memberi idea-idea yang bernas. Mereka sepakat untuk mengenakan pihak musuh dengan melakukan penyamaran yang serupa. Pihak musuh tertipu dan mengekori Senahwhite yang palsu. Semasa cubaan untuk menculik, ejen pari-pari yang lain sudah bersiap sedia dengan alat magis terus menyerbu dan menangkap dua orang penjahat terbabit.
#5
Pink Riding Hood dan Serigala Tembam
2013
Ini kisah sambungan pengambaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes kelima ini melibatkan Pink Riding Hood dan Serigala Tembam yang dituduh membunuh Grandmama. Ketua jahat cawangan Barat merangkap ketua atasan kedua klien kes. Mereka berstatus pelarian, diburu dan dituduh agensi tempat mereka bekerja sebagai ejen selama ini. Dalam tempoh pelarian, Pink Riding Hood dan Serigala Tembam sempat menumpang di rumah tiga beranak Bear di tiga rumah yang berasingan. Papa Bear yang mencadangkan mereka menghantar surat aduan kepada Konsortium Pari-Pari apabila situasi semakin bahaya. Sejarah latar dunia dongeng ada diceritakan. Dunia dongeng terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Barat, Utara, Timur dan Selatan. Ia bukan dunia yang bulat. Ia adalah hamparan luas. Sempadan kawasan hujung paling kirinya adalah air terjun yang sangat dalam hingga tidak nampak dasar. Dan sempadan hujung paling kanan pula adalah gunung yang paling tinggi… hingga tidak nampak puncak. Dua sempadan ini tidak pernah dilepasi oleh mana-mana penduduk dongeng. Sejarah agensi jahat turut diceritakan. Rupa-rupanya Grandmama masih hidup. Grandmama mahu hidup seperti insan biasa dan tidak mahu jadi penjahat lagi. Dia sengaja meletupkan rumah sendiri dan memalsukan kematian. Grandmama akhirnya membuat perjanjian dengan ejen pari-pari supaya merahsiakan semua itu. Sebagai balasan, Grandmama membongkar agenda pihak jahat, termasuklah memberikan beberapa klu yang amat bahaya dan tidak terduga. Grandmama juga mahu berita kematian dua anak didiknya tersebar dan mereka semua akan berpindah ke tempat lain dengan identiti penyamaran yang baru.
#6
Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib
2014
Ini kisah sambungan pengembaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes keenam ini melibatkan Puteri Gunung Tendang yang mengadu permasalahan jodoh. Puteri memberitahu bahawa ayahandanya sering menolak lamaran dan setiap barang hantaran pasti ditendang. Raja itu mahu hantaran unik yang tidak pernah disaksikan. Pencarian calon suami dimulakan. Putera Katak yang sukar mendapat jodoh kerana paras rupa yang hodoh akhirnya bekerjasama dengan ejen pari-pari. Putera Katak itu disumpah kerana keturunan yang suka menyeksa binatang, dia sebenarnya manusia biasa. Ahli rombongan meminang mendaki Gunung Tendang. Putera Katak turut ditemani pembantu, si zirafah comel bergelar Zidotbi. Selepas menemui banyak cabaran dan kejadian pelik sepanjang pendakian, mereka tiba di puncak. Membawa tujuh hantaran dari dunia nyata.
#7
Sumpahan Mahsorry Berdarah Pink
2015
Ini kisah sambungan pengembaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes ketujuh ini memaparkan misi pencarian pintu portal untuk kembali ke alam dongeng. Fizz dan Tizz berstatus halimunan, manakala Milo pula hanyalah sekadar kucing biasa di dunia realiti. Misi mereka semakin sukar untuk diselesaikan tanpa penggunaan alat magis. Perancangan Fizz dan Tizz untuk bersatu dengan jasad masing-masing di hospital tidak berjaya dilaksanakan. Tubuh mereka kekal dalam bentuk roh. Oleh itu, satu-satunya cara adalah masuk semula ke alam dongeng supaya semua masalah dapat diselesaikan. Pintu portal di Gunung Ledang tempat ketiga-tiga mereka menembusi dunia realiti kini sudah tertutup. Fizz yakin pasti ada lagi pintu portal di lokasi lain. Misi mereka kini ialah menjejak ke tempat-tempat yang terlibat dengan kisah lagenda yang magis seperti Perigi Hang Tuah, Makam Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting. Di Melaka, mereka terkejut dengan kemunculan Hang Tuah di sekitar perigi. Hang Tuah juga memaklumkan bahawa tiada pintu portal yang boleh ditemui di sana. Mereka bertukar lokasi dan menuju ke Langkawi pula. Di Makam Mahsuri, tanpa diduga mereka sekali lagi terkejut dengan kehadiran Mahsuri yang mulutnya asyik meminta maaf tidak henti-henti. Rupanya Mahsuri juga mencari jalan pulang ke alam dongeng dan rasa bertanggungjawab atas kemunduran negeri itu selama tujuh keturunan.
#8
Milahficient Dan Puteri Aurorah
2017
Aduan Kepada Konsortium Pari-Pari Nama pengadu: Raja Aur Bora Bora, ketua negara Beauty Aduan: Adanya beta sedang susah hati mengenang nasib si puteri tunggal. Sepatutnya, pada usia 16 tahun, anakanda beta sudah menerima sumpahan ditusuk alatan tajam. Lalu kemudian tertidur lena dan nantinya seorang putera raja akan hadir memberi bahagia sekaligus memeterai sumpahan yang tercipta. Kini hari lahir Aurorah sudah sebulan berlalu, namun kenapa tiada sumpahan yang berlaku? Tiada tusukan tajam, tiada tanda-tanda akan koma berpanjangan!
Authors
Ain Maisarah
Author · 122 books
Izanor Sharif
Author · 11 books
Ida Munira Abu Bakar
Author · 5 books