Margins
Dua Dunia, Separuh Mimpi book cover
Dua Dunia, Separuh Mimpi
2020
First Published
4.38
Average Rating
342
Number of Pages

DUA DUNIA Dalam hidup Aina, ada Aida. Tapi di mata dunia, Aida tidak wujud dan Aina dianggap psiko. Apa yang berlaku apabila tiba-tiba Ustaz Adam dapat melihat Aida? Bila garis antara dua dunia begitu halus. Ada dan tiada jadi bertindih. Siapa yang mahu dipercayai? “Aida tak wujud. Mak tak nampak dia. Abang tak nampak dia.” Aina terpaksa mengaku ya, Aida tak wujud. Tapi dalam menempuh ujian dunia... yang setia menemani cuma Aida. Tak berbelah bahagi. “Aku temankan kau Aina. Sampai bila? Sampai matahari tak muncul lagi.” Bila Aida dan Ustaz AdaM jatuh cinta, huru hara jadinya. Untuk Aida ke dunia nyata, uminya minta ditukarkan dengan Aina. Mahukah Aina buat pilihan sebegitu? Selamat tinggal emak. Kerana kasih aku turutkan... sanggupkah? SEPARUH MIMPI “Ini mimpi aku.” “Tak. Ini mimpi aku.” Dua-dua mahu mengaku. Mimpi ini milik mereka. Jadi lupa, semua itu berlaku atas kuasa Dia. Ihsan Dia. Bukan kehendak mereka, hamba yang tidak punya apa. Mereka bertemu dalam mimpi. Di dunia itu mereka boleh bicara apa saja. Tak ada yang menghalang. Di sana dia bukan Fendi. Dia Batman. Adiwira penyelamat dunia. Gadis itu pula Siti April Rambutan Autumn. Panjang berjela namanya. Dalam mimpi mereka bersatu. Mencipta rasa, belajar merindu... Waktu realiti mengejar, mampukah berdiri teguh? Perisai runtuh. Hati rupa-rupanya tidak sekuat mana. Masa untuk bangun dan sedar diri? Atau kekal mimpi?

Avg Rating
4.38
Number of Ratings
32
5 STARS
41%
4 STARS
56%
3 STARS
3%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Lynn Dayana
Lynn Dayana
Author · 15 books

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved