
“Adrian, not Adriana.” - Nick Adrian Awal pertemuan lagi sudah mencari nahas dengan menukar jantina nama lelaki tersebut. Jejaka berkaca mata itu kerap merasakan umurnya semakin singkat setiap kali mereka bersua. “Patutlah kacak. Macam tuan dia.” - Nur Adane Hah, kau! Bercakap lepas jenis tak tengok kiri - kanan, itulah Adane. Ditambah pula gagahnya yang mengalahkan orang lelaki. Mana taknya dah kalau si Adrian diangkut seorang diri ke bilik sakit? Memang gila! Senyuman manis Adrian membuatkan lutut Adane lemah longlai sepanjang masa. Hai la... Parah yang teramat ini! Betapa indahnya ciptaan Tuhan, ya? Datang sekali dengan pakej tambahan dimana minat Adane yang agak ekstrem itu disokong dari A sampai infiniti, lagilah berdentam-dentum bunga api dalam perut Adane! Diingatkan bahawa jejaka ini kasar dengan kata-katanya, tapi setiap bait penuh bermakna. Jadi Adane tak perlu gusar dengan usahanya selama ini. “I will devote my time to you, my queen.” - Nick Adrian