


Books in series

#1
Empayar
Hikayat Putera Tanpa Nama
2018
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

#2
Empayar 2
Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
2019
Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.
Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan; sehingga datang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

#3
Empayar 3
Hikayat Saka Keturunan Raja
2022
Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.
Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.
“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!”
Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.
Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.
“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”
Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

#4
Empayar 4
Hikayat Pemburu Naga
2026
"Rentaka ada di Sundagema. Tiba masanya, engkau harus tuntut Rentaka, senjata pusaka keturunan engkau....”
Setelah merdeka daripada dijajah, Wilayah Kepayangan makmur di bawah kepimpinan Sastra. Sehingga kini, tiada seorang pun tahu hakikat sebenar dirinya yang merupakan putera yang melarikan diri dari istana.
Negerinya aman damai, tetapi jiwa Sastra kacau
\- bilau. Dia semakin kerap dibayangi mimpi aneh. Ada suara yang menggesanya mencari Rentaka—senjata rahsia untuk menguasai dunia.
Dek bimbang ia terjatuh ke tangan yang salah, Sastra memulakan penjelajahan. Malangnya, tiada siapa yang tahu tentang Rentaka mahupun Sundagema. Sehinggalah muncul seorang nenek bongkok yang menempelak Sastra dengan amaran keras.
“Ini bukan tempat bagi kau! Barang siapa yang bukan berdarah Sundagema, maka muntahlah darah, putuslah nyawa!”
Sastra muncul di tempat aneh. Kesaktiannya menjadi pudar. Kini, dia harus berdepan dengan makhluk-makhluk yang belum pernah dilihat selama ini. Dalam masa yang sama, perang mula meletus dan nyawa rakyat diancam bahaya dari luar.
Berjayakah Sastra mendapatkan Rentaka, atau nasib rakyat akan jadi galang gantinya jika senjata keramat itu berjaya dimiliki musuh?
