
“...Karya-karya Buya HAMKA banyak berkisar tentang cinta yang terhalang, bukan?" Zayyan dan Alisya—Kisah cinta mereka seperti ditulis sendiri oleh Buya HAMKA. Dengan status Zayyan; anak tunggal jutawan ternama dan Alisya si yatim piatu, hubungan mereka ditentang hebat bapa si teruna, Dato' Ridzuwan. Sekian lama bertahan, malangnya Alisya ditinggalkan juga tanpa banyak bicara oleh lelaki itu. Lima tahun berlalu, Zayyan kembali semula ke Malaysia dengan tekad baharu; ingin menebus dosanya pada Alisya. Ada rahsia gelap yang dibawa bersama. “Zayyan... Manusia macam kau tak sepatutnya hidup." Pulangnya disambut penuh kebencian oleh kakak Alisya, Liyana, yang mahu lelaki itu merasa sakitnya dikhianati. Namun, Raizel si intern ceria sering menyejukkan hatinya, jadi mungkin benci Liyana tidaklah seteruk yang disangka? *** Dari satu sudut di sebuah kafe, Inspektor Xia memerhatikan gerak-geri pewaris tunggal Ridzcorp itu dengan penuh minat. Telefonnya dipenuhi notifikasi dari orang-orang bawahannya: ada mangsa terbaharu Sang 'smiley' berdarah.