Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Fly High
Fly High
Series · 4 books · 2024-2026
By
Adnil Zaff
Books in series
#1
Fly High, Rise Above The Sky
2024
ARMEL anak kampung yang unik. Kerana keunikan itu dia dibuli rakan sebaya semenjak dari umur masih kecil sampailah habis sekolah. Kerana dia tomboi. Kerana dia kurus dah tak pandai berhias laksana wanita sejati. Itu antara sebab kenapa dia dibuli dan dijadikan bahan cerita seantero kampung. Digosipkan Rosa konon ada hati dengan jirannya yakni Fariz, Armel menjadi mangsa tawa Fariz yang paling kuat membulinya. Keluarganya miskin. Ayahnya tahu dia dibuli. Orang tiada apa-apa selalu saja dibuli. Jadi, dengan penuh tekad sang ayah mengusahakan agar anaknya Armel itu dapat berada di tempat paling tinggi sehingga orang lain terpaksa mendongak memandangnya di atas. Female Pilot... Tidak pernah Armel termimpi dia akan menjadi seorang juruterbang. Namun kerana ayah dan ibu dia berusaha sehinggalah dia berada di awan biru. Berada tinggi di awan biru, dia merasakan dirinya tidak dapat disentuh orang orang-orang yang membulinya. Benarkah dia tomboi? Adakah tomboi sepertinya tidak ada lelaki yang mahu? Ada! Armand jatuh cinta kepada keunikan gadis itu pada saat kali pertama mereka bertemu lagi. Bagi Armand gadis seperti Armel mahal harganya. Lalu bertekadlah sang lelaki berusaha sehingga dia dapat memiliki gadis istimewa itu. Ini kisah dia... dia yang berada tinggi namun hatinya tetap di bumi. Lalu dikurniakan dia seorang lelaki yang setia dan sabar demi untuk bersamanya. Perjalanan hidupnya tidak mudah. Namun dia mendapat hasil yang setimpal dari segala susah payahnya selama ini.
#2
Fly High, Rise Above The Sky Sekuel
2024
Armel gadis kampung yang suatu masa dulu lelah hidupnya oleh pembulian. Rencah dan perjalanan hidup membawa dia ke titik hidup paling cemerlang. Adakah semuanya baik-baik saja setelah itu? Dia masih berdepan dengan pembuli. Dibuli zaman sekolah dan zaman dewasa itu lain rasanya. Apabila dia terbang tinggi, akan ada manusia cuba menariknya agar jatuh ke bawah semula dengan menyentuh kelemahan Armel yang paling besar yakni perkahwinannya. Perkahwinan Jarak Jauh! Kali ini dia tidak dibuli secara berdepan. Suhaiza... Qistina... dua wanita ini take turn cuba merobohkan rumahtangganya dalam keadaan curi-curi. Dalam keadaan dia tidak mampu menggunakan dua tangannya untuk menghalang pembuli merosakkan kebahagiaannya. Satu pembulian versi orang dewasa kerana pembuli ini tidak mahu berdepan dengannya. Hanya dia tergantung kepada kesetiaan Armand namun itu masih tidak cukup untuk membuatkan dia merasa selamat. Berjayakah mereka melepasi para pembuli aka perempuan murahan ini? Tidak! Mereka tidak berjaya kerana Armel dibesarkan oleh ayahnya menjadi wanita yang tidak takutkan apa-apa. Armand memegang janji setianya kerana wanita seperti Armel hanya akan ada satu saja dalam hidupnya.
#3
Fly High, Rise Above The Sky - Spin Off
2024
BLURB SPIN OFF Nik Nur Salsabila diceraikan setelah suaminya bernikah baru. Kata dua yang diberikan oleh Salsabila membuatkan dia yang kehilangan mahligai perkahwinan kepada wanita lain. Penceraiannya membuka lembaran baru. Setelah tamat kontrak kerja dengan Malaysia Airlines, Salsabila membawa diri ke Dubai bertugas dengan Emirates Airlines sambil mengubat hati yang luka. Lalu bertemu dia dengan Nurul Armel, seorang sahabat yang baik. Salsabila pernah merasa serik untuk berkahwin lagi. Sayangnya, takdir menemukan dia dengan mamat tiga suku bernama Haider Edruce. “I perasan sebelum ni you sangat suka duduk dengan semua perempuan waktu dalam flight ke Dubai. Kenapa?” “You maksudkan kenapa I suka dikelilingi perempuan?”-Haider “Ya.”-Salsabila “You judged me too early. You nak I jelaskan? You akan percaya apa saja yang I cakap?”-Haider “To be honest... I tak percaya.”-Salsabila “So, what’s the point? Kenapa mesti you tanya? You dah set dalam fikiran I ni kaki perempuan. Apa gunanya I jelaskan?”-Haider Lebih muda dari Salsabila, secara nalurinya... lelaki ini tidak pernah menjadi lelaki yang diangankan Salsabila. Tetapi kadang-kala takdir Allah itu berada di luar kotak pemikiran manusia. Lalu jatuh cintalah dia kepada lelaki itu. Antara dua lelaki, mata dan hati perempuannya menilai. Hairi bekas suami jenis yang... sudah ludah dijilat semula. Tidak ada pendirian. Haider pula lelaki muda yang tidak pernah serius namun begitu gigih mengejar cintanya. Yang mana satu kebahagiaan untuknya? Salsabila kian mengerti kadang-kala jodoh itu unik. Tidak semestinya lelaki yang charming di matanya akan menjadi lelaki yang indah di hatinya. Namun bersama Haider, lelaki itu mengembalikan suka dan tawa dalam hidupnya.
#4
Fly High 4
2026
Gadis dengan impian yang besar dan luar biasa. Namun impian besar, kekecewaan juga besar. Bermula dengan kegagalan mendapat tempat menjadi atlit ice skating, Adiera berhenti memasang impian. Dia hanya ikut aturan ibu bapanya agar dia tidak merasa kecewa lagi. Tetapi... kekecewaan itu makanan hidup manusia, tiada sesiapa terlepas darinya. Bermula pada usia yang sangat muda, Adiera jatuh cinta kepada seorang anak muda bernama Fardi. Biarpun digelar gadis bawah umur, cintanya berbalas. Sekurang-kurangnya itulah yang dia rasa. Satu kejadian menyatukan mereka dalam ikatan pernikahan. Disangkakan panas sampai ke petang. Rupa pukul 8 pagi aje dah hujan! Adiera ditimpakan dengan satu malapetaka besar untuk dirinya lalu mematahkan hatinya dengan sangat teruk. Namun kekecewaan itu melorongkan jalan untuk dia masuk ke kolej penerbangan. Dipisahkan dari lelaki kesayangannya, kehidupan Adiera jadi sangat berliku. Berpindah ke Dubai menjalani hidup yang jauh dari keluarga dengan amat sepi sekali. Manakala Fardi terus berdiam diri membiarkan isterinya berduka nestapa. Kenapa abang diam waktu tu? Abang tak pernah datang jumpa Diera sampailah kita terserempak di Lisbon. Adiera Abang busy. Fardi Itu aje alasan abang? Adiera Duit bukan segalanya? Mungkin! Sebagai juruterbang, hari ni Diera menangis di Dubai. Esok Diera kesunyian di London. Minggu depan merasa kemurungan di Oslo. Minggu seterusnya Diera kerinduan di Seoul. Ini kehidupan yang ramai orang lain impikan tapi Diera ada. Allah dah beri pada sayang. Fardi Fly High Rise Above The Sky, Adiera Setiap kesusahan itu akan dibayar kemudian hari. Dan tiada kejayaan yang tidak disertakan dengan pengorbanan. Begitulah Adiera, untuk mencapai siapa dia akhirnya... ada air mata, ada duka dan nestapa. Dan ada doa dari orang mencintainya
Author
Adnil Zaff
Author · 37 books