GUNTING ialah Projek ‘Khianat’, yang merupakan projek kelima Komuniti Celikhuruf dengan kerjasama Metromedia Solutions yang mengangkat tema KHIANAT. Antara yang dikisahkan melalui cerpen-cerpen di dalam buku ini ialah pengkhianatan kawan sesama kawan di sekeliling, di sekolah dan tempat kerja, scammer, pengkhianatan dalam percintaan dan banyak lagi. Apakah kisah mereka? Nikmatilah sakit pedih luka gerah pengkhianatan dalam bentuk realisme dan juga fiksyen yang menarik.