Hani Salwah Yaakup mula menulis dalam genre cerpen. Karya beliau pernah disiarkan di dalam antologi Tunas Karyawan 3, Edusystem Sdn Bhd, Antologi 12!, Kelab Alumni MPR, Antologi Gema Membelah Gema, BAHASA Sabah, Karyawan 2011, Persatuan Penulis Nasional (PENA), Tunas Cipta, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Budaya dan Pentas. Selain itu beliau turut menulis lirik, puisi, artikel dan skrip untuk rancangan radio. Pernah bertugas sebagai juruhebah di beberapa stesen radio dan tutor di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Baru sahaja menamatkan pengajian Ph.D dalam bidang komunikasi dan media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).