
Ini cerita perempuan idola—ibu, isteri, wanita, anak—begitu feminis, berlandaskan falsafah hidup sederhana, tetapi realis sifatnya. Feminis kerana Harga Luka menuntut/mempertahankan haknya dan realis kerana hidup ini kenyataan, harus makan minum dan perlu wang—kerana nyawa dan masa depan anak-anak adalah taruhan hidup. Tanpa selindung, terus-terang malah, Harga Luka menampilkan kebenaran yang mesti didepani oleh remaja. Semacam apa perempuan itu pada mata lelaki? Kata Sabariah, menjadi perempuan bukanlah mudah—kadang-kadang kalah kepada nasib kerana lelaki selalu dilabelkan sebagai berani dan menang. Dilukai oleh dugaan dan nasib, Kelukaan Sabariah terbayar dengan harga paling tinggi—bahagia! _______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu (Public Bank) 1999 Pertama Terlepas Daripada Belenggu Othman Che Chin Kedua Wira Persona Avatari Ahmad Zaki Abu Bakar Ketiga Harga Luka Hasidah Disan Ilustrasi Kulit : Nawiah ~