
Atiq tak sangka, ayah tiri membawa pulang anak kandungnya bernama Maryam tinggal bersama mereka mulai hari ini. Perkenalan yang bermula dengan pergaduhan, membawa sengketa yang berpanjangan hingga mereka, bagai musuh yang tinggal dalam sebuah rumah. "Atiq kenalkan ini Maryam, anak kandung ayah. Maryam kenalkan ini Atiq, anak kandung ibu. Mulai hari ini, Maryam akan tinggal dengan kita sebagai satu keluarga. Atiq anggaplah Maryam sebagai adik dan Maryam anggaplah Atiq sebagai abang. Berbaik-baiklah seperti adik beradik." -Encik Aqmal. Adik beradik? Tinggal serumah? Nonsense! Atiq tak suka. Selama ni dia anak tunggal tiba-tiba dapat adik pula? "Saya minta maaf berkasar dan belasah abang tadi. Mati-mati saya ingatkan abang pencuri tadi." -Maryam "Aku kalau dah suka seseorang tu, sampai bila-bila aku takkan suka. Jangan tunjuk muka kau depan aku dalam rumah ni. Kau buat hal kau, aku buat hal aku." -Atiq Tak boleh berjumpa pasti bertikam lidah. Gadis itu beria nak Atiq menjadi abang dan mahu Atiq menganggapnya sebagai adik. Bagi Atiq tiada kebaikan yang ada pada gadis itu hanya menyusahkan dan membebankan. Namun disebaliknya, layanan dingin dan rasa marah yang ditunjukkan, Atiq tak mampu nafikan, adik tirinya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. "Bestnya dapat abang yang hensem, hari-hari boleh cuci mata tengok muka abang. Sejuk hati Maryam duduk rumah ni." -Maryam "Kau nak sangat aku jadi abang kau kan? Aku akan jadi abang yang paling annoying sekali sampai kau menyesal seumur hidup ada abang macam aku!" -Atiq Hari demi hari, hubungan yang tegang mula baik dan tanpa diduga mula rapat. Peluang yang selalu diberikan oleh ibu dan ayah mereka membuatkan bibit-bibit cinta mula muncul di antara mereka. " Nak jadi Adik lah sangat. Adik yang sorang ni, aku boleh kahwin tau. So jangan dekat sangat dengan aku. Bahaya!" -Atiq "Tak payahlah tengok saya, tengoklah tempat lain. Jadi cantik pun susah." -Maryam "Jangan disebabkan aku nak bertunang, kau sibuk keluar cari jantan lain hilangkan stress sebab frust dengan aku! Kalau kau ada hati dengan aku, mengaku jelah. Jangan buat perangai macam ni." -Atiq "Kalau mengaku pun saya akan dapat abang ke? Tak kan? Bakal tunang abang tu, bukan saingan saya. Awal-awal saya dah kalah." -Maryam "Usahalah lebih sikit, mengorat lagi aku. Ni belum apa-apa dah giveup. Ada harapan lagi nak dapatkan aku sebab aku... aku dah mula rindukan kau, bila aku pergi kerja." -Atiq Melihat Atiq yang bakal bertunang membuatkan Maryam cuba menjauhkan diri namun dari situ, Atiq sedar yang mereka ada hati di antara satu sama lain. "Ibu takkan terima mana-mana perempuan selain dari ustazah Syafiqah sebagai menantu ibu. Maryam tolonglah nasihatkan abang kamu ni. Tiba-tiba berubah, ibu nak tahu puncanya. " -Puan Haliza "Jangan wujud perasaan cinta diantara kamu walaupun kamu boleh berkahwin selagi, ibu dan ayah masih hidup! " -Encik Aqmal "Abang, kita tak payah ikutkan perasaan kita. Abang ikutlah cakap ibu. Maryam tak kuat nak berjuang demi cinta kita. Maryam lagi sayang hubungan kekeluargaan kita dari cinta kita." -Maryam "Tak dapat Maryam cara halal, abang nak jugak walaupun cara haram asalkan, abang dapat bersama Maryam. So Maryam pilih nak yang mana!" -Atiq Bagaimana kesudahan cinta mereka? Adakah mereka memilih untuk berskandal diam-diam sampai bila-bila atau berjuang hingga bersatu dalam ikatan perkahwinan yang sah. Bagaimana caranya untuk mereka menghadapi orang tua mereka yang menentang percintaan ini?