Margins
2020
First Published
4.24
Average Rating
432
Number of Pages

TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital. Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan. Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya. FAHMI ke Melbourne demi membuktikan cintanya. Malangnya – Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan untuk pelancong. Dia bekerja secara haram sebagai pengutip buah. Akhirnya, dia ditangkap oleh pihak imigresen dan diusir pulang. Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne demi impiannya. Fahmi memiliki ‘senjata’ untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang, Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu. Sama-sama berjuang demi sebuah cinta.

Avg Rating
4.24
Number of Ratings
210
5 STARS
42%
4 STARS
43%
3 STARS
12%
2 STARS
2%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ramlee Awang Murshid
Ramlee Awang Murshid
Author · 40 books

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit. Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram. Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017. Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi. Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019. Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di: www.facebook.com/ramfc www.instagram.com/ramfc2020 www.twitter.com/ramfc2020 Karya beliau boleh dapatkan melalui: www.facebook.com/ramfcstore

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved