
Apa yang Tuhan wajibkan adalah menutup aurat. Bukan sahaja bagi melindungi yang cantik-cantik tentang perempuan, tetapi juga sebagai ujian, adakah perempuan mampu bertahan dalam menurut perintah, melindungi yang cantik-cantik tentang mereka. Inilah himpunan kisah 'bagaimana akhirnya aku bertudung'. Kisah bagaimana mereka patuh dan taat pada suruhan menutup aurat, juga kisah-kisah bagaimana mereka bertahan dalam ujian yang ganjarannya adalah syurga.
Authors

Irma Hasmie Binti Ibrahim lebih dikenali sebagai Irma Hasmie . Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu). Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya. Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV. Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Syah Reza AzmeeRedza. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
