
Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? *** "Umar?" Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. "MAJIDDDDDD!!!!!"