Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Hikayat Si Kembar
Hikayat Si Kembar
Series · 3 books · 2021-2022
By
Mohd. Faizullizam
Books in series
#1
Hikayat Si Kembar 1
2021
Dunia jin digambarkan sebagai dunia yang seakan dunia nyata di sekeliling kita. Berhutan, berpenghuni dan sangat luas. Mendorong dua kembar kacukan jin manusia, Ahmad dan Muhammad beserta adiknya Zaleha, menelusuri liku takdir hidup mereka. Setelah kedua ibu bapa mereka, Merdu dan Megat, dibunuh oleh pemimpin jin yang tidak beragama, Tok Bakawali dengan kejam. Mereka terpisah dalam satu peristiwa yang menyayat hati. Muncul dua jin harimau datuk, Geruh dan Guntur, memimpin ketiga mereka dalam keterpisahan. Di kala itulah mereka bertiga sedar bahawa takdir yang menanti mereka, akan membawa mereka sangat jauh dengan liku yang amat kejam dan gelap. Pengembaraan ini amat menyayat hati. Pengembaraan ini amat meruntun jiwa. Pengembaraan ini menuntut semangat sehabis daya. Pengembaraan ini turut bersulam suka dan tawa. Siri pertama dari keseluruhan trilogi mistik purba ini akan membawa jiwa kalian ke alam yang di luar jangkaan, luar dari kebiasaan.
#2
Hikayat Si Kembar 2
2021
Rahsia Ram yang selama ini menyelinap di dalam kelam telah terbongkar. Dengan kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yang ingin dihajati. Namun, disangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Apakah itu Ramalan Jagat Raya? Apa kaitan dengan Ahmad dan Muhammad hinggakan timbul siluman-siluman kegelapan yang mengaku sebagai dewa dan dewi, tampil untuk menggagalkan mereka? Kesinambungan kali ini akan dipenuhi dengan liku-liku yang jauh lebih membinasa. Dapatkan Ahmad, Muhammad dan Zaleha meneruskan perjalanan mereka?
#3
Hikayat Si Kembar 3
2022
Sungguhpun berjaya menghalang kemaraan musuh di Wilayah Buana Utara. Ketewasan di wilayah selatan, telah mengangkat Ramasura menjadi penghulu besar bunian setelah wilayah selatan telah lama tidak berpemimpin. Ini bermaksud cabaran getir masih lagi menghantui Ahmad dan Muhammad. Bidak-bidak Tri Mahadewa pasti tidak akan berputus asa di utara manakala Ramasura pasti akan bermaharajalela di selatan. Mampukah mereka berdua memenuhi Ramalan Jagat Raya? Dan mampukah mereka memenuhi takdir ke atas diri mereka dengan menumpaskan musuh yang amat berkuasa? Bagaimana pula cabaran yang bakal dilalui oleh Firdaus setelah mewarisi Keghaiban Lam Makrifat? Apakah perkaitan dirinya di dalam Hikayat Si Kembar - Kebangkitan Cahaya Sukma. Sudah pasti ada kejutan yang tidak disangka sedang menanti anda yang setia mengikuti hikayat ini.
Author
Mohd. Faizullizam
Author · 6 books