Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Hitman
Hitman
Series · 2 books · 2019
By
Emy Roberto
Books in series
#1
Hitman
2019
YANG Aylin harapkan adalah seorang lelaki yang menyayangi dan tak akan meletakkan dia dalam senarai ‘orang-yang-perlu-dibunuh’. Tapi yang tersurat pula adalah sebaliknya dan mengahwini pembunuh sendiri tak pernah termasuk dalam senarai ‘apa-nak-buat’ dalam hidupnya. Bagi Ferit Joe pula, mengahwini Aylin adalah untuk melindungi gadis itu daripada papanya sendiri. Sebab itu hubungan mereka berdua hanya setakat ‘awak-akan-selamat-bersama-saya’ dan bukannya ‘awak-akan-bahagia-bersama-saya’. Mereka berdua hanya merancang, dan yang tersurat pula adalah vice versa. “Falling in love with your own hitman is the cruelest way to fall in love.” - Aylin. “I never proclaimed any girl as mine except you.” - Ferit. Dugaan demi dugaan menimpa dan Ferit masih setia melindungi, Aylin pula masih kekal di sisi. Hingga akhirnya Ferit diberi pilihan oleh papanya sendiri : “Sekarang Ferit pilih, Ferit nak terus berkepit mengejar cinta Aylin atau setia di sisi papa untuk keluarga kita? She or us, I let you choose son.” Aylin atau keluarga, yang mana lebih penting bagi Ferit? Adakah dia tak layak untuk memiliki kedua-duanya dan terpaksa memilih salah satu? Mampukah Aylin terus setia dan beriringan bersama Ferit mengikuti jalan hitam yang Ferit tentukan untuk mereka berdua? Mampukah dia menidakkan rasa cinta di saat nama Ferit menggantikan bekas kekasih di dalam hati? Ingat Aylin, tak semestinya orang yang bawa awak ke jalan yang gelap adalah musuh awak. Dan tak semestinya orang yang tarik awak keluar dari jalan yang gelap adalah kawan awak.” - Ferit Joe.
#2
Hitman 2
2019
CUBA membunuh bapa mentua sendiri dan bersembunyi daripada suami yang disayangi, malah bertekad untuk membalas dendam demi bapa sendiri; semua itu tak pernah terlintas di fikiran Aylin. Hati Ferit pula masih setia mencintai dan gagal untuk membenci isteri sendiri biar pun Aylin sudah bertindak sejauh itu. Pada saat dia berjaya menjejaki Aylin, hubungan mereka berdua teruji lagi bila Aylin diculik oleh orang sendiri. ISTERI FERIT JOE DIPERCAYAI TERKORBAN DALAM KEBAKARAN. TRAGIC DEATH : WAS IT JUST AN ACCIDENT? MENANTU JAY JAZLEY DIPERCAYAI DIBUNUH. Headline berita yang menggemparkan buat separuh daripada nyawa Ferit hilang. Bagi Jay Jazley pula, dia kini mampu menarik nafas lega bila rancangan untuk membunuh menantu sendiri berjaya. Namun Aylin muncul semula dengan rancangan yang mampu membuatkan Jay Jazley terkejut besar. “You are still alive?” Jay masih tak sangka. “Jadi yang kat depan awak ni siapa? Bukan menantu awak? Hantu?” Aylin gelak. Bagi Ferit, rasa gembiranya tak terungkap bila sang isteri masih hidup. Namun Aylin di depan mata adalah berbeza, seolah-olah bukan Aylin yang dia kenal. “Aylin awak dah lama mati. I’m not your Aylin anymore.” Aylin kenyit mata. Berjayakah Aylin menjayakan misinya untuk mengheret Ferit Joe dan Jay Jazley ke dalam penjara? Di antara isteri dan papa sendiri, sanggupkah Ferit mengorbankan salah seorang daripada mereka? Apakah pengakhiran kisah cinta di antara Ferit dan Aylin? Hayati kesinambungan kisah mereka berdua di dalam naskhah ini… “I learn new thing and wanted to share it with you. To be human is to love. Love yourself. Love your loved ones. And love Our Creator.” - Ferit Joe
Author
Emy Roberto
Author · 16 books