Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Hope
Hope
Series · 10 books · 2016-2019
By
Zint
Books in series
#01
Hope #01
2016
‘Hope’ adalah karya saspens pertama Zint pasti buat pembaca tak senang duduk. Mengisahkan pengembaraan Ten menuju ke Kuala Lumpur untuk mencari kakaknya selepas diserang ‘orang’ sekeliling. Apa sebenarnya dah terjadi kat semua kawan-kawan dan ahli keluarga Ten? Adakah harapan Ten untuk berjumpa kakaknya tercapai? Dapatkan ‘Hope’ sekarang!
#2
Hope #02
2016
Kesinambungan jilid 1, "Hope" kembali mendebarkan pembaca di luar sana. Ten kini dalam perjalanan ke KL untuk mencari satu-satu harapannya. Sepanjang perjalanan penuh halangan dan serangan "manusia" sekeliling. Ingin tahu nasib Ten dalam naskhah terbaru ini? Dapatkan karya terbaru Zint sekarang!
#03
Hope #03
2017
Karya saspens ketiga zint kembali menghantui minda pembaca. Jom selami kisah seram Ten sepanjang perjalanan ke KL untuk mencari kakaknya. Ten dan Leanne berjaya selamatkan diri kali ni namun… di dalam pusat beli-belah yang dikunci rapat tu masih ada bahaya yang menanti… Dapatkan jilid ketiga ni untuk ketahui cerita selanjutnya!
#04
Hope #04
2017
Jilid kali ni mengisahkan kembara Ten dan Lianne ke KL mencari kakak Ten. Di pertengahan jalan, diorang bertemu kawan baru yang terselamat dari serangan pembunuh. Apa cerita diorang dan ke mana arah tujuan masing-masing? Jom dapatkan jilid terbaru ni untuk ketahui jawapannya.
#05
Hope #05
2017
Perjalanan Ten dan Lianne dalam menjejaki kakak Ten kali ini lebih mencabar. Diorang berdepan dengan pembunuh lebih bahaya malah sekumpulan manusia cuba membunuh diorang. Adakah diorang akan selamat? Dapatkan jilid kelima ni untuk menjawab segala persoalan!
#06
Hope #06
2018
Ten dan Lianne terpisah di dalam hutan demi menyelamatkan diri satu sama lain. Seorang lelaki hadir membantu Lianne daripada sekumpulan lelaki yang cuba mencederakannya. Siapa lelaki ini? Apa niat sebenarnya?
#07
Hope #07
2018
Ten kembali bersemangat menentang pembunuh selepas sembuh daripada kecederaan. Lianne yang pada mulanya takutkan pembunuh kini berani melindungi diri sendiri. Perjalanan diorang ke Kuala Lumpur demi mencari kakak Ten diteruskan. Adakah diorang akan berjaya akhirnya?
#08
Hope #08
2018
Ten dan Encik Roy yang cedera akibat letusan bom ditangkap sekumpulan survivor. Siapa diorang sebenarnya? Bagaimana pula dengan nasib Lianne? Selamatkah dia?
#09
Hope #09
2019
Satu demi satu rahsia di sebalik kewujudan pembunuh kini terbongkar. Siapakah dalang sebenar? Nasib Ten dan Lianne pula masih belum diketahui. Adakah diorang akan bertemu semula atau terpisah buat selama-lamanya?
#10
Hope #10
2019
Akhirnya Eric jumpa juga atuk kesayangan. Malangnya atuk tak mampu bertahan. Cucu kehilangan atuk... kawan kehilangan kawan... apa lagi rintangan harus dihadapi? Ketahui kesudahan nasib Lianne, Eric, Carlos dan Ten yang berperangan dengan pembunuh. Masihkan ada survivor? Adakah penyudahnya menyakitkan dan sukar diterima. Baca laju-laju dan jadikan jilid penamat koleksi korang!
Author
Zint
Author · 38 books