Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
I Love You Stupid! Extended Version
I Love You Stupid! Extended Version
Series · 3 books · 2013-2018
By
Melur Jelita
Books in series
#1
I Love You Stupid! Extended Version Vol 1
2018
KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati. Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous! "Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!" IRIS "Kesalahan keempat cuba mengoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.." INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT! Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan. Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun! Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar! Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabut serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk betul taste papa! Langsung yidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sikit ke? Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun! Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan! Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.
#2
I Love You Stupid! Extended Version Vol 2
2018
PENGEMBARAAN MISI KEMANUSIAAN DI BUMI KEMBOJA SEMAKIN PANAS. Firman yang pedas berapi. Suka melanun tidak bertempat. Iris yang gedik sengal, suka menggoda tidak kira masa. Membiarkan bumi kemboja ini tidak pernah aman dari dua manusia ini. Bertengkar, bertengkar dan bertengkar sehingga hampir berbunuhan. "Nay... saya takkan date dengan lelaki cantik dari saya." IRIS "Saya takkan date dengan lelaki yang berpakaian seperti tahi cicak." FIRMAN My precious saya pun tak ingin awak menetap di sini terus, melainkan berlaku keajaiban. Bila saya dapat menyentuh, memeluk dan mencium bulan di langit." FIRMAN "Ini takkan berlaku. Mustahil dapat menyentuh dan memeluk bulan. Sheikh Muzaffar pun tak boleh sentuh. Apalagi nak cium." IRIS Walaupun sentiasa disulami pertengkaran tetapi hubungan Firman dan Iris ada manisnya. Disaksikan sendiri oleh Doktor Aidan, tunang Iris secara tidak rasmi. "You tak kenal I lagi Iris. I am not going to just stand by and I am certainly not a loser. When I want something, I will make sure I get it." DOKTOR AIDAN "Night my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love You Stupid." IRIS Sekembali ke Malaysia, Iris dipaksa dan terpaksa menerima Doktor Aidan. Pernikahan mereka akan berlangsung beberapa hari lagi. Tapi kenapa ingatan Iris kuat kepada Firman? Lelaki lanun yang tidak pernah lafazkan cinta...? "FIRMAN, bila saya panggil, awak mesti datang."
#Sequel
My Precious Iris Legacy Edition 1
2013
Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut! Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di launtan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris? “Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!” – FIRMAN “I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and hansome, Govin-Welsh, a free and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with Irish last name. tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.” – AIDAN “You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…” – HARIS “Aku diberi gelaran my precious…Sejak awal pertemuan kami… Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus… Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.” – IRIS
Author
Melur Jelita
Author · 9 books