
Igauan Semalam
2010
First Published
3.89
Average Rating
496
Number of Pages
Yuhanizan seorang guru muda di Johor Bahru dan penulis novel kisah seram. Semuanya bermula tatkala dia berpindah ke rumah baru bersama dua lagi rakannya iaitu Fauziah dan Azlivinia. Tidak berapa lama selepas mendiami rumah baru itu, Yuhanizan mula dihantui dengan kejadian aneh. Kemunculan pocong......yang tidak diketahui asal usul itu menjadikan dia semakin takut. Kejadian aneh itu semakin lama semakin ketara. Mereka berusaha memanggil bomoh untuk memulihkan rumah itu. Namun, gangguan pocong kerap menghantui Yuhanizan. Dalam ketakutan itu, akhirnya Yuhanizan terbunuh. Rahsia gangguan itu terbongkar apabila Fauziah membaca manuskrip milik Yuhanizan. Apakah rahsia di balik manuskrip itu?
Avg Rating
3.89
Number of Ratings
19
5 STARS
42%
4 STARS
21%
3 STARS
26%
2 STARS
5%
1 STARS
5%
goodreads
Author
Zaifu Zaman Ahmad
Author · 10 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.