
Indah bencikan lelaki kerana trauma masa lalunya. Syaqil bencikan perkahwinan disebabkan perceraian ibu dan ayahnya. Namun bagaimana jika keduanya melawan perasaan masing-masing hanya untuk membina hidup bersama? “Aku tak suka kau hidup sendiri. Aku nak hidup dengan kau.” — Syaqil Irham “Saya ada banyak luka yang saya kena sembuhkan.” — Indah Helena Akan tetapi, perkahwinan bukanlah pengakhiran malah permulaan kepada semuanya. Sedang mereka berusaha menjadi versi terbaik untuk diri mereka, ujian datang menghentam rasa cinta yang baru terbina. Diancam dan pengkhianatan mengubah segalanya. “Masalahnya sekarang, dalam fikiran Syaqil tak pernah ada isteri. Macam mana Syaqil tiba-tiba nak tidur dengan dia, ibu?” — Syaqil Irham “Syaqil suruh aku tunggu dia balik. Aku tunggu. Sampai sekarang aku masih tunggu dia balik walaupun dia dah ada kat sini.” — Indah Helena Selagi cinta ini masih belum berhenti, akan dia perjuangkan. “Bloom and shine because you’re beautiful, Indah.”