
Cerita tentang seorang perempuan yang kehilangan suaminya, teraba-raba ke mana nak pergi. Terperangkap dalam kelompok Trotskyst. Persoalan paling crucial, adalah tentang agama vs kiri atau bolehkah agama coexist dengan kiri dalam melawan kapitalisme? *** Dia akhirnya merosakkan dirinya, Setelah kehilangan cinta suaminya, Setelah meninggalkan Tuhannya, Setelah menanggalkan tudungnya, Setelah membuang keluarganya jauh-jauh, dan asap kelabu berkepul dari mulutnya, Bibir hitam tanda protes pada kebiasaan, Dia sendiri tak mahukan simpati Tuhan, Dia telah bertekad untuk mati di jalan, Tekad tak mahu jenazahnya diziarah, Biar hidup bewarna merah penuh amarah, Biar mati menjadi tanah, Dan disebelah lain aku berdoa, Agar dia berjumpa jalan keluar, ***
Author
