Margins
Jalan Puaka book cover
Jalan Puaka
Azmeer Shah, D. Rafael, Rumie, and more
2022
First Published
4.19
Average Rating
331
Number of Pages

JALAN LAMA - Rumie Hayati yang kerasukan dibawa suaminya, Faris dan adiknya Ahmad untuk berubat di rumah Ustaz Omar. Malang apabila laluan biasa kesesakan hingga memaksa mereka menggunakan jalan lama. Detik pertama mereka mengharungi jalan tersebut, satu persatu gangguan yang menyeramkan melanda hingga kereta yang dinaiki terhumban ke dalam curam. Masing-masing terperangkap tiada jalan keluar, Lebih menggerunkan sesuatu bersifat kejam sedang memburu nyawa mereka di situ! Siapa yang terselamat dan siapa pula yang bakal menjadi santapan penunggu jalan lama itu? JANJI - D. Rafael / Saidee Nor Azam Setiap malam terdengar seperti ada seseorang sedang menyapu dedaunan kering di halaman rumah milik Hajah Aksah. Persoalannya siapakah yang melakukan kerja-kerja seperti itu di tengah-tengah malam yang sunyi? MAMA - Azmeer Shah Sebuah organisasi rahsia memilih Kyra sebagai ibu 'tabung uji' untuk kandungkan benih ciptaan manusia bagi merealisasikan matlamat mereka untuk melahirkan seorang janin yang akan kuasai dunia. Namun, kematian Kyra melahirkan satu makhluk baru bersifat kejam. la' bakal menjadi peneman Lily sampai mati. RUMAH UNTUK DISEWA - Zaifu Zaman Ahmad Adam dan Intan akhirnya berjaya mencari sebuah rumah sewa. Namun ada sesuatu yang menanti pasangan itu tapa disedari oleh mereka. "Yang pak cik dengar dia orang tak tahan duduk di dalam rumah tu," ujar Dollah. SANGKAR - Muhammad Fatrim Uqasha terperangkap dalam sebuah sangkar pemerdagangan manusia bersama adiknya Izaq. Hari demi hari Uqasha perlu bertahan hidup atau dia dan adiknya dibawa keluar untuk dijadikan korban penjualan organ. Mampukah Uqasha dan Izaq bertahan dan tidak menjadi korban? Apakah ada harapan untuk mereka keluar dari sangkar durjana tersebut? Dan, benarkah kanak-kanak yang diumpan keluar menjadi korban penjualan organ? Atau...

Avg Rating
4.19
Number of Ratings
26
5 STARS
50%
4 STARS
27%
3 STARS
15%
2 STARS
8%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Azmeer Shah
Azmeer Shah
Author · 1 book

Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika. NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.

Muhammad Fatrim
Muhammad Fatrim
Author · 14 books

Muhammad Fatrim was born in Beaufort, Sabah and raised in Kuala Penyu, Sabah. Currently studying in Bachelor Creative Writing (hons) in Faculty Film, Theatre & Animation (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam, Selangor. His second novel is a FIXI's latest novel entitled ASRAMA.

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 9 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved