Margins
Jalarmayat book cover
Jalarmayat
2026
First Published
4.67
Average Rating
366
Number of Pages

Kejadian 20 tahun yang lalu berulang lagi. Mayat-mayat yang sudah dikebumikan beberapa hari, tiba-tiba balik ke rumah dalam keadaan menggerunkan. Ia bukan sahaja menimbulkan ketakutan kepada penduduk di beberapa buah kampung malah mencetuskan penyakit yang boleh membawa maut. "Nak kata pocong rasanya bukan. Rupanya lebih teruk daripada pocong." Tajuddin, Bahira, Wahid, Mahmud dan Dasuki - cuba menghentikan gangguan mayat-mayat hidup ini namun bertemu dengan jalan sukar. Seorang demi seorang diserang sehingga ada yang terbunuh. Penduduk kampung yang terkena serangan menjadi gempar dan hidup dalam ketakutan. "Sekali pandang macam pocong. Tegak. Putih. Berkain kafan macam mayat. Tapi kepalanya tak diikat. Mukanya dah hancur berulat. Baunya busuk lantung." Wahid. Berjayakah serangan jalarmayat ini dihentikan? Kenapa kejadian itu berulang lagi? Siapakah yang menghidupkan semula ilmu jalarmayat yang kejam itu? "Semakin ramai yang meninggal semakin banyak yang akan bangkit semula. Lama-lama kampung kita ni jadi tapak perkuburan." Wahid.

Avg Rating
4.67
Number of Ratings
3
5 STARS
67%
4 STARS
33%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 36 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved