
Menghimpun karya-karya yang dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, 10 buah cerpen umum, 10 buah puisi dan 2 buah rencana sastera. Cerpen Umum -Hadiah Utama RM2500- Kristal Makrifat, Geng 10 & Selebriti - Zainal Rashid Ahmad Langit Putih Di Bogor - S.M. Zakir Tahun Depan di Jerusalem - Azman Husin -Hadiah Saguhati RM800- Cik Siti Mustika - Faisal Tehrani Kejora Perlu Rasa - Siti Jasmina Ibrahim Malam Bertangkup di Aidilfitri - S.M. Zakir Rindu Tanah Malaya - Hashim Latiff Jangan Kau Menangis - Samsiah Mohd. Nor Bersama Sengsara Kami Cencang Mereka - Muhammad Lutfi Ishak GIS - Saifullizan Tahir Puisi -Hadiah Utama RM1000- Negeriku Merdeka - Marjan S Waktu Itu Antara Ramadan dan Syawal - Shamsuddin Osman Warkah Luka dari Ramallah - Husna Nazri -Hadiah Saguhati RM500- Dikir Yakin - Khadijah Hashim Kolek Bonda - Aminah Mohkhtar Duka Tanah - Chu E Liang Gelisah Alam di Suatu Malam - Sahrunizam Abdul Talib Lelaki Yang Dipakaikan Gari - Sahrunizam Abdul Talib Penjual Aiskrim - Hilmi Rindu Seperti Gelisah Aku Mencari-Mu, Rab - Ijamala MN Rencana Sastera Selera dan Rezeki Sastera - A. Samad Said Teater: Dunia Yang Mengajar - A. Samad Said -
Authors

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut: * Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. (Sumber: Wikipedia)

Former teacher, Khadijah Hashim (born 20 April 1942 in Batu Pahat, Johor, Malaysia) is a Malaysian novelist, scriptwriter and journalist. She has worked as a teacher, also as a journalist with local newspapers Utusan Melayu (1974–1976) and Berita Harian (1976–1985). She is more well known as a novelist, and has produced 19 novels. She also expanded her creativity in the field of short stories, radio drama scripts, children's books, rhymes and poetry. The children’s rhyme book “Sayang Sayang” has been selected to be on Honour List of the International Board on Books for Young People (IBBY) in Basel, Switzerland (2002) and “Semerbak Poetry” in Macau, China (2006). Khadijah continues her interests in writing rhymes, which led to her latest creation of “Putera-puteri Malaysia”. Several of Khadijah’s short stories and novels have been adapted to TV dramas. Amongst them were "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, and “Badai Semalam” and “Dekat Disayang Jauh Dikenang” novels. “Laila Azwa Gadisku” novel was adapted to television film. Meanwhile, “Mira Edora" and "Pelangi Pagi” novels have been made into movie films with the title of "Mira Edora" and "Bicara Hati" respectively. Her first and one of her most well-known novel “Badai Semalam” (1968) was used as school textbook in Singapore and Malaysia.[3] The novel has been translated into English, “Storms of Yesterday”, by Mahani Abdul Hamid in 1991 and Spanish, "Tormentos del ayer", by Alberto Balanza and Yahia in 2010. “Badai Semalam” was republished several times and the latest was in 2006 by Alaf21 in the nostalgic novel series. The English version was also republished in 2009 by Institut Terjemahan Negara Malaysia under the Malaysian Literature Series. “Merpati Putih Terbang Lagi” novel won a consolation prize in a writing contest in the celebration of ten years of Malaysia’s independence. The novel has also been translated into Japanese by Tatsun Hoshino. “Exiled” novel has been nominated for the International IMPAC Dublin Literary Award in 1997. Her “Langkah Pertama” novel has won the Mobil-MABOPA Children's Book Award in 1995. Khadijah was the recipient of Southeast Asian Writers Award in 1999 and had undergone the International Writing Program at Iowa University in 1994. Her children's story book series, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” and “Siri Teladan dari Rimba” have been translated into English by the Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009). Khadijah Hashim is amongst of the earliest female novelist get attention and place of the novel fans in Malaysia. - - - - - MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan KHADIJAH HASHIM. Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya. Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi guru agama. Beliau pernah mengajar di Sekolah Seri Pelangi, Batu Pahat. Tetapi selepas itu pekerjaan sebagai wartawan lebih menarik minatnya dan beliau diterima berkhidmat di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1974. Beliau memulakan tugasnya sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu. Di samping menjadi wartawan, Khadijah mengelolakan ruangan `Dialog Kecil’, iaitu menulis kisah-kisah mengenai masyarakat yang berlaku sehari-hari. Di samping itu Khadijah



Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik. Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup. Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas. Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan). Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar. Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah. Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja. Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca. Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam. Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu BM untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa SPM.

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Shamsiah Mohd Nor dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 - 1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1985 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Beliau memperoleh diploma pendidikan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang penulis novel popular, sinonim dengan 4 siri novel "Tangisan Bulan Madu". Beliau juga menghasilkan "Sindora", "Bebunga Lalang", "Kemboja Berguguran", "Riana", "Koqin Karemo", "Selimut Malam", "Helang Bebas di Angkasa", "Anggerik Kota", "Anom Suraya", "Maya Pusara", "Sangkar" dan "Sebening Langit Senja". Beliau turut menghasilkan beberapa buah cerpen. Antara cerpen yang pernah tersiar ialah "Sindora" dalam URTV, "Lazuardi" dalam Berita Minggu, cerpen "Kembali Ke Perut" dan "Jangan Kau Menangis" tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati HSKU 2001 dan 2002 bagi kategori Cerpen Umum. Kini beliau bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah di samping aktif dalam aktiviti persatuan serta aktiviti sosial masyarakat setempat.

Sahrunizam memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang (1977-1982), kemudian belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak (1983-1987) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. Pada 1991-1993, beliau mengikuti Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (bidang Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2002. Beliau pernah memenangi pelbagai hadiah; antaranya pernah dipilih sebagai pemenang Sayembara Menulis dan Mendeklamasi Puisi Puteri Pos Kebangsaan (2000), Sayembara Menulis Puisi Perpaduan Darul Iman (2001), Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam Kuantan (2002), Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobile bagi penilaian 2002, 2003, 2004 dan 2010, Sayembara Penulisan Puisi Kepenggunaan Kebangsaan (2006), Sayembara Mengarang Puisi Klasik Nasional dan KEKKWA (2007). Kumpulan puisi beliau, Bahasa Senjata memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)