
Purata kanak-kanak hilang semakin meningkat dari tahun lepas. Statistik menunjukkan 91 peratus kes berjaya menemukan mangsa. Peratus selebihnya masih belum diketahui. Kekal misteri hingga ke hari ini. BINTONG, PERLIS: Satu lagi kes terbaru kanak-kanak hilang dilaporkan di sini pada awal pagi tadi. Mangsa dilihat kali terakhir bersama ibunya di ruang tamu dalam rumah mereka. “Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan atas kes ini dan kami mohon supaya tiada spekulasi tidak berasas terhadap kes ini,” menurut Inspektor Salim Ngah dari IPK Perlis. Ketika ditanyakan adakah kes ini melibatkan juga unsur paranormal, pihak berkuasa enggan memberikan sebarang jawapan. Ini kerana kes ini unik. Mangsa hilang tetapi bajunya ada di lokasi terakhir dia berada. Sehingga kini misteri kehilangan kanak-kanak yang ghaib ini masih belum terjawab. ***** Misteri kanak-kanak ghaib itu mula heboh ke pelusuk negara. Inspektor Salim Ngah dan Inspektor Zailudin aktif membuat siasatan terhadap misteri itu. Tatkala jawapan semakin hampir, pelbagai rintangan hadir. Namun, gandingan senior-junior ini bakal merungkai misteri tersebut. Samada ianya melibatkan hal paranormal atau sebaliknya. ***** Seorang gadis termenung sendirian. Wajahnya murung, hatinya mendung. Mengenangkan nasib dirinya yang malang tiada bernoktah. Benak fikirannya semakin kusut tatkala disyaki terlibat dalam tiga kes pembunuhan. Mangsanya Raiz, Syuhairi dan Sarimah. Apakah kaitan gadis yatim piatu itu dengan tiga mangsa pembunuhan kejam tersebut?