
'Pokok Jejawi Tok Merah', itulah panggilan kepada pokok misteri yang tumbuh sejak beratus tahun yang lampau. Pokok itu dianggap kebal dan tidak boleh ditumbangkan dengan apa cara sekali pun. Hanya seorang saja yang tidak percaya pada kekebalan Pokok Jejawi Tok Merah. Dia ialah Agus, keturunan Tok Merah sendiri, lepasan sekolah agama. Agus memusuhi pokok yang dianggapnya berpuaka itu sebagai suatu perjuangan menentang kekufuran. Agus akhirnya berjaya menumpaskan Pokok Jejawi Tok Merah dengan izin Allah. Sejak itu, dia menjadi popular di seluruh pelosok dunia, bahkan telah tersebar melalui YouTube sehingga sebuah syarikat filem dari Perancis mahu membeli kisah Agus untuk difilemkan. Niat luhur Agus yang dulu mahu melawan kekufuran kini telah bertukar landasan. Agus mula terfana dengan kemilau duniawi. Siapa sebenarnya Agus, apa kaitan Agus dengan Pokok Jejawi Tok Merah serta keganasan harimau jadian yang menggemparkan kota London sehingga disiasat oleh Scotland Yard?