Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚 Karangkraf Rc 2025
📚
Karangkraf Rc 2025
Koc 13
2019
Naim Tamdjis
Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri. Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya. Info: Koc 13 merupakan novel kelima Naim Tamdjis. Kali ini penulis mempersembahkan konsep urban legend kepada pembaca seram yang meminati dan mengikuti karya beliau. Melalui konsep cover baharu bagi prolifik seram, kali ini penulis menampilkan kelainannya yang tersendiri di mana genre seram fantasi diketengahkan oleh beliau di dalam Koc 13.
Rangkulan Jin
2024
Iki Carrienna
Muzaffar dan keluarganya diarahkan mendiami Villa de Amour selepas menandatangani kontrak dengan ganjaran lumayan. Syaratnya mudah—tiga bulan menetap tanpa berpindah. Kehadiran mereka mula mengusik sesuatu yang sudah lama bersarang di vila itu. Ayumi pula kerap diganggu lembaga berpakaian pengantin dan mula didatangi mimpi-mimpi aneh. Pertemuannya dengan Que membuka jalan ke dalam lipatan rahsia, sebuah kebenaran yang tidak pernah diluahkan. “Awak kata awak nak tahu siapa sebenarnya diri saya, kan?” - Que Kehilangan Ayumi mencetuskan huru-hara. Villa de Amour kembali menjadi saksi kekacauan yang menyelubungi Muzaffar sekeluarga. Ayumi sedar yang dia telah terhumban ke masa silam Villa de Amour, melangkaui 36 tahun ke belakang. Satu per satu mimpi aneh yang dialaminya berlaku pada zaman itu dan menguak tirai misteri yang terbenam sekian lama. Ayumi cemas apabila nyawanya menjadi taruhan. “Ini amaran aku! Jika kau cuba melawan, nyawa Tengku Ramdan pula akan menjadi galang gantinya.” - Sabrina “Saya tak bohong. Saya berkata benar. Saya bukan Kamalia, tapi Ayumi.” - Ayumi Mampukah Muzaffar sekeluarga bertahan di vila itu selama tiga bulan? Dapatkah Ayumi pulang ke dunianya semula? Apakah rahsia yang menyelubungi Villa de Amour selama ini?
Manusia Iblis
2024
Saidee Nor Azam
MENGISAHKAN kehilangan orang yang semakin lama semakin merisaukan di daerah Raub, Pahang di sekitar tahun 1980an. Bermula dengan kehilangan gelandangan dan pengemis di bandar dan pekan di daerah itu, kemudian berjangkit dengan kehilangan orang awam. Pihak polis di daerah itu juga bagaikan tiada jawapan dan buntu dalam mencari jalan menyelesaian kejadian kehilangan tersebut. Nun jauh di tengah-tengah hutan Raub, ada beberapa susuk makhluk yang amat dahagakan darah dan daging manusia. Mereka tinggal jauh di tengah rimba, terpencil dari pandangan manusia luar. Barang sesiapa yang tersalah pilih jalan, pasti akan menemui satu kejahatan yang amat nyata! Apakah kaitan makhluk berhati binatang itu dengan kehilangan warga di daerah Raub, Pahang? Atau semua yang terjadi itu adalah angkara manusia sendiri? Manusia berhati iblis. “Saya tak mahu anak saya terus melihat makhluk-makhluk halus dan terus diganggu igauan ngeri. Kesian kat dia yang masih tak kenal apa-apa lagi.” ~ Bapa Fadil. "Aku takkan biarkan manusia iblis seperti kamu ini membunuh orang yang tak berdosa dengan sesuka hati! ~ Fadil “Argh! Kau yang mati! Bukannya aku!” ~ Kasim.
Aithusa
2025
Violetfasha
Jika hanya yang kaya dijulang, apa gunanya bakat tanpa peluang? Jika hanya yang berpangkat diangkat, di mana tempat untuk mereka yang berbakat? Di Lance, kejayaan bukan milik mereka yang berbakat, tetapi yang punya wang, kabel dan pangkat. Amalia, pelajar cemerlang harapan keluarga, kini sekadar penyumbang angka statistik pengangguran negara. Sistem ciptaannya dicuri. Namanya dicemari. Masa depannya hancur sebelum sempat dia melangkah ke industri IT. Dengan identiti Aithusa, dia menyelam ke laman web gelap dan menghubungi Dragonlord - penggodam paling diburu, ketua Knights of The Round Table. Jika dunia membencinya, dia akan pastikan dunia tergila-gilakan sistemnya. Namun, benarkah Aithusa perintis yang membuka jalan, atau sekadar pengikut yang tidak memberikan kesan?
Topeng Berdarah
2018
Saidee Nor Azam
Hazwadi seorang pelukis psikik yang sering membantu pihak polis sering terlihat bayangan ngeri pembunuhan yang dilakukan si Topeng Berdarah. Setiap kali dia beradu pastinya bayangan pembunuhan terlayar di mindanya. Kematian demi kematian seolah benar-benar terjadi di hadapan matanya. Anehnya Hazwadi bukannya seorang yang pandai berlawan, membunuh makhluk bernyawa jauh sekali. Apakah kaitan Hazwadi dengan Topeng Berdarah? Siapakah Topeng Berdarah itu sebenarnya? “Aku akan bunuh semua manusia pendosa! Semua manusia curang! Jika tidak jangan panggil aku Algojo!” - Algojo “Aku takut selepas ni aku pulak yang akan disembelih dan jantung aku dihancur-hancurkannya. Entah-entah segala organ dalam tubuh aku dikeluarkan hidup-hidup! Aku tak mahu mati!” - Hazwadi “Wadi, sebenarnya ada berita terbaru. Algojo sudah berjaya membunuh satu-satunya saksi yang terselamat ketika serangannya dahulu.” - Inspektor Remy
Hilang
2023
Hasrudi Jawawi
\-Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya…- Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?