Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚 Karangkraf Rc 2025
📚
Karangkraf Rc 2025
Lembah Setan
2024
Eqbal Mohaydeen
Sejak kematian datuknya, Ameera mula diganggu sesuatu yang menakutkan. Sewaktu cuti sekolah, dia dan Qisya menerima pelawaan Fatin untuk pulang ke kampung, sebuah desa yang jauh di pedalaman. Kampung itu dirasakan sangat aneh. Tiada masjid. Bahkan azan juga tidak pernah dilaungkan. Satu per satu kejadian seram berlaku. Lebih menggerunkan apabila mula ada nyawa terkorban. Seekor makhluk yang terpasung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kini bebas mencari mangsa. Ameera dan Qisya terperangkap di situ. Irwansyah, inspektor polis yang bergelut dengan kes orang hilang di seluruh Malaysia, mendapati kes itu menyerupai kejadian tahun 90-an. Dia berjumpa DSP Zaman, yang lama menghilang sejak keluarganya terbunuh dalam runtuhan Highland Tower. Pertemuan mereka merungkai kisah wali ALLAH, Imam Aditya, yang menentang penjajah Belanda di Pulau Jawa satu masa dahulu. Sehingga ke hari ini, sejarah tidak pernah bercerita tentangnya. Namun kini, satu per satu rahsia hitam yang mengejutkan mula terbongkar. “Kampung ni dah lama tiada kematian baru. Kesemua penduduknya berumur Panjang. Kampung ni seperti terkena sumpahan.” – Ameera “Kau bukan Tuhan. Sebaliknya, kaulah Namrud akhir zaman!” – Imam Aditya CAPTION: Mereka berkongsi juzuk yang sama. Juzuk syaitan!
Senaskhah Hidup
2023
Azzah A.R.
Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza. Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata. Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan.
Rangkulan Jin
2024
Iki Carrienna
Muzaffar dan keluarganya diarahkan mendiami Villa de Amour selepas menandatangani kontrak dengan ganjaran lumayan. Syaratnya mudah—tiga bulan menetap tanpa berpindah. Kehadiran mereka mula mengusik sesuatu yang sudah lama bersarang di vila itu. Ayumi pula kerap diganggu lembaga berpakaian pengantin dan mula didatangi mimpi-mimpi aneh. Pertemuannya dengan Que membuka jalan ke dalam lipatan rahsia, sebuah kebenaran yang tidak pernah diluahkan. “Awak kata awak nak tahu siapa sebenarnya diri saya, kan?” - Que Kehilangan Ayumi mencetuskan huru-hara. Villa de Amour kembali menjadi saksi kekacauan yang menyelubungi Muzaffar sekeluarga. Ayumi sedar yang dia telah terhumban ke masa silam Villa de Amour, melangkaui 36 tahun ke belakang. Satu per satu mimpi aneh yang dialaminya berlaku pada zaman itu dan menguak tirai misteri yang terbenam sekian lama. Ayumi cemas apabila nyawanya menjadi taruhan. “Ini amaran aku! Jika kau cuba melawan, nyawa Tengku Ramdan pula akan menjadi galang gantinya.” - Sabrina “Saya tak bohong. Saya berkata benar. Saya bukan Kamalia, tapi Ayumi.” - Ayumi Mampukah Muzaffar sekeluarga bertahan di vila itu selama tiga bulan? Dapatkah Ayumi pulang ke dunianya semula? Apakah rahsia yang menyelubungi Villa de Amour selama ini?
Aithusa
2025
Violetfasha
Jika hanya yang kaya dijulang, apa gunanya bakat tanpa peluang? Jika hanya yang berpangkat diangkat, di mana tempat untuk mereka yang berbakat? Di Lance, kejayaan bukan milik mereka yang berbakat, tetapi yang punya wang, kabel dan pangkat. Amalia, pelajar cemerlang harapan keluarga, kini sekadar penyumbang angka statistik pengangguran negara. Sistem ciptaannya dicuri. Namanya dicemari. Masa depannya hancur sebelum sempat dia melangkah ke industri IT. Dengan identiti Aithusa, dia menyelam ke laman web gelap dan menghubungi Dragonlord - penggodam paling diburu, ketua Knights of The Round Table. Jika dunia membencinya, dia akan pastikan dunia tergila-gilakan sistemnya. Namun, benarkah Aithusa perintis yang membuka jalan, atau sekadar pengikut yang tidak memberikan kesan?