
Sejak Amir mengahwini Fatihah, Puan Aidah merasakan Amir semakin kedekut. Amir sudah mengurangkan wang buat Puan Aidah membuatkan Puan Aidah berang. Puan Aidah merasakan Fatihah mengawal semuanya sehingga Amir hanya mengikut telunjuk Fatihah. Semakin hari, Puan Aidah semakin hilang sabar. Jadi dia mula membuat onar untuk menghancurkan rumah tangga anak sendiri. Puan Aidah mengupah seorang lelaki untuk mencederakan Puan Aidah dengan alasan lelaki tersebut hendak menutup perbuatan jahatnya bersama Fatihah. Kerana terpaksa, Amir lafazkan juga talak buat Fatihah. Namun selepas tiga hari mahkamah jatuhkan keputusan cerai, mereka rujuk semula. Amir meminta Fatihah tinggal di kampung dan mereka menjalani hubungan jarak jauh demi mengaburi mata Puan Aidah. Bertahankah rumah tangga jarak jauh mereka dan apakah Puan Aidah berjaya menghidu rahsia keduanya? Semuanya bakal terjawab dalam Kasih Kekasih.