Margins
Kau Tak Sayang Aku Ke? book cover
Kau Tak Sayang Aku Ke?
2025
First Published
3.78
Average Rating
342
Number of Pages

“Moon tahu tak, kat bulan pun boleh ada gempa.” “Kenapa tiba-tiba ni?” “Sebab nama awak kan bulan? Awaklah gempa dalam hati saya.” * Hidup Moon - seorang influencer dan model popular - penuh glamor. Hanya satu yang dia tiada; cinta. Apabila Joe, lelaki bermulut manis muncul dalam hidupnya, Moon terus jatuh hati. Bagi Moon, Joe itulah cinta sejati yang dicari-carinya selama ini. Namun, hati Moon retak seribu kala cintanya putus di tengah jalan. Dengan jiwa yang lara, Moon membawa diri pulang ke kampung halaman. Tanpa disangka, ada kejutan lain pula yang diterima Moon di sana. Rupanya, Odah sahabat lamanya turut menyukai lelaki yang sama! “Tolonglah, buka mata hati tu. Sayang tu sayang juga. Tapi nanti kau menyesal.” Cinta datang dan pergi, tetapi persahabatan yang jujur akan setia di sisi. Namun, Moon tetap ragu-ragu; adakah dia patut memperbaiki cinta yang penuh janji, atau jujur mempertahankan persahabatan walau menyakitkan? Novel Kau Tak Sayang Aku Ke? karya Kamalia ini merupakan pemenang Sayembara Novel IMAN 2024.

Avg Rating
3.78
Number of Ratings
49
5 STARS
14%
4 STARS
51%
3 STARS
33%
2 STARS
2%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Kamalia
Kamalia
Author · 8 books

Mula menulis sejak kecil lagi dengan menulis diari dan masih lagi menulis diari sehingga sekarang. Sekitar 2008, mula menulis untuk umum pula apabila aktif menulis cerpen. Kemudian, pada 2010 buku pertamanya terbit di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna Publications & Distributors. Buku pertamanya adalah buku kanak-kanak yang berjudul Si Cantik Cempaka. Kemudian, terbit pula novel umum pertama, Gerabak Merah Jambu. Novel umum terbaharunya yang terbit pada 2013 berjudul Dia Bukan Shah Rukh Khan. Cita-cita utama dalam penulisan sekarang adalah mahu menulis sebuah kesah psychological-thriller atau kesah cinta bersulam elemen psikologi. Penulis kegemaran, tak ada yang spesifik tapi kalau berdasarkan daripada penulis yang banyak dibaca bukunya: Haruki Murakami, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Azizi Haji Abdullah, Isa Kamari, dll yang tak ingat. Jadi, kesimpulannya, bukanlah tentang penulis sangat tapi isi cerita yang dipersembahkan. Antara karya yang sudah terbit: 1. Si Cantik Cempaka (2010) 2. Gerabak Merah Jambu (2012) 3. Bukan Suatu Kebetulan (Antologi Cerpen 'Kisah Cinta Seribu Wajah') 4. Dia Bukan Shah Rukh Khan (2013) 5. Konspirasi (Antologi Cerpen 'Kerana Dia, Ratu Sehari') 6. Demimu Suri, Aku Sanggup Mati (Antologi Cerpen 'Cinta Pertama)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved