
LAHIR UMUR – MARIA KAJIWA Apabila kematian menjadi sesuatu yang menakutkan, dia memilih jalan paling hina. Dia sanggup menyerahkan apa Sahaja. Namun dia terlupa satu perkara: tidak semua kematian adalah pengakhiran. Keputusannya membuka pintu ke alam yang lebih gelap, lebih kejam, dan lebih menakutkan daripada kematian itu sendiri. “Apa yang tuan hajatkan, ada cara dan syaratnya. Cuma seberat permintaan tuan, seberat itu juga segala syarat dan caranya.”-MAK UTI KORBAN - NURAA QILLA Bukan sekadar sihir pemikat,tetapi ritual ngeri yang menuntut nyawa sebagai bayaran. Di sebalik minyak dagu yang dipuja, tersimpan jeritan perempuan yang dijadikan korban. Apabila Alyara mula diganggu, dia menyangka semuanya cuma mainan mimpi. Saat kebenaran akhirnya terdedah, Alyara sedar, orang yang paling hampir dengannya adalah insan yang sanggup menyerahkannya sebagai tumbal demi keinginan sendiri “Kalau kau tak dengan aku, kau tak boleh dengan sesiapa.” - NAUFIQ HOTEL BAYANGAN – A.MIRUU Setiap bilik menyimpan rahsia darah dan jeritan yang tidak pernah padam. Danish menerima tawaran kursus penulisan percuma dan mengajak sahabat baiknya, Naim, akhirnya dia terjumpa sebuah hotel yang serba normal di mata manusia. Menjelang malam, gangguan demi gangguan berlaku sehinggalah pada akhirnya, Naim hilang. “Mereka memberi tumbal nyawa orang kepada makhluk jin itu. Sejak itu makhluk itu suka menjerat manusia dengan pelbagai helah. Kalau terpedaya memang akan jadi mangsa.” – TOK ABU Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita… tapi ada juga yang terlalu ngeri untuk disebut, kerana setiap kali nama itu dibisikkan, sesuatu akan bangkit dari tempat ia disemadikan. Beranikah anda menyelami dunia seram ini di dalam KEMBARA MISTIK TUMBAL.