
ZAIFUZAMAN - TRAGIS Dan ia tidak akan berhenti... selagi belum membalas dendam. Bukan lagi pantulan dirinya yang kelihatan, tetapi susuk wanita asing bermata hitam pekat, dengan wajah lebam dan senyuman yang menyimpan dendam lama. Senyumannya perlahan berubah menjadi mimpi ngeri apabila darah mula mengalir dari mulutnya, dan tubuhnya mula "Berambus kau! Jangan kacau aku!" - JOE KEN HENDRI - THE VISITOR'S LOG Kerana sesetengah rahsia... tidak suka diganggu. Kematian misteri, bayangan masa silam, dan rahsia yang cuba dikuburkan kini mula bangkit semula. Bersama rakan-rakannya, dia tekad untuk menyiasat. Namun, semakin mereka menyelak lapisan kebenaran, semakin mereka terseret ke dalam dunia yang bukan lagi milik mereka. "Apa yang kau nampak hanyalah jelmaan. Dia datang, ambil aku tapi... aku tak ada kat sana. Aku ada kat sini, tunggu dia." - BUNGA A.MIRUU-BALIK KAMPUNG Bukan sekadar akibat, tapi azab yang tak mengenal belas kasihan. Dia mencetuskan kemarahan makhluk ghaib yang selama ini bersembunyi dalam gelap. Makhluk itu, penjaga keturunan purba yang hidup serumpun dengan manusia, bangkit menuntut penjelasan atas pengkhianatan yang berlaku, "Lagi sekali jikalau engkau berani menyakiti sesiapa lagi, akan kubakar seperinduk engkau sehingga relai ke tanah," - TOK DAIM Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita... tapi ada juga yang terlalu ngeri untuk disebut, kerana setiap kali nama itu dibisikkan, sesuatu akan bangkit dari tempat ia disemadikan. Beranikah anda menyelami dunia seram ini di dalam KEMBARA MISTIK SIANG & MALAM.