PERANGKAP - MARIA KAJIWA Rudy dan Gibran, dua rakan yang terdesak mencari bahan untuk rakaman video, tanpa sengaja terperangkap dalam sebuah permainan congkak berpuaka di sebuah rumah misteri. "Nak main?" "Tak beranilah, bang." - Rudy "Dengan papan congkak pun takut!" Setiap pemain yang mengambil bahagian menghadapi akibat yang mengancam nyawa, dan mereka harus bertahan untuk menang. "Kau sudah memulakan permainan, kan? Kau mesti habiskan. Tapi yang kalah atau mengalah tentu ada akibatnya." PUSAKA-NURAA QILLA Fahmi, Haziq, dan Han, penculik dan penjual organ, mencuri wang dan congkak lama tanpa disedari, mereka membawa pulang sesuatu yang mengerikan. "Jangan kacau aku, makhluk bodoh! Syaitan tak guna! Kau orang dah mati! Mati!" - Fahmi Gangguan pelik mula menghantui mereka, congkak itu adalah pusaka terikat dengan darah. Dosa mereka kini menuntut balas, dan permainan ini tiada jalan keluar. "Kami tak akan bunuh kau! Tapi kami akan ganggu kau di setiap saat kau bernafas." PUAKA-NRECHA Lentera Muda Private School, bukan sekadar sekolah biasa-ia adalah jerat kematian. Setiap peraturan yang tertulis bukan sekadar hukuman biasa, tetapi amaran untuk terus bernyawa. "Jangan kau fikir, di sini hanya ada dunia kita sahaja." - Noor Selamat datang ke Lentera Muda, di mana setiap kesilapan boleh membawa anda ke dalam sejarah berdarah. "Hati-hati, banyak mata yang memerhati..." Dunia gelap, penuh misteri. Kisah ngeri menghantui jiwa. Beranikah anda membuka mata dan menyelami kegelapan di dalam Kembara Mistik yang mengundang ketakutan. Awas, setiap langkah anda akan dikerumuni oleh bisikan halus dan siap meragut jiwa yang leka.