Margins
Kesan Rama-Rama book cover
Kesan Rama-Rama
2026
First Published
4.67
Average Rating
273
Number of Pages

Fahmi, seorang pelajar kejuruteraan yang patah hati, menerima sebuah loket misteri berbentuk rama-rama selepas cubaan membunuh diri yang gagal. Namun, loket itu bukan sekadar simbol, ia ialah kunci untuk kembali ke masa silam. Didorong oleh keinginan untuk menambat semula cinta pertamanya, Yannie, Fahmi merentas masa demi membetulkan satu demi satu kesilapan yang telah memisahkan mereka. Namun, setiap “heist masa” yang dilakukannya mencetuskan gelombang perubahan. Perubahan kecil yang membesar menjadi mimpi ngeri. Cuaca dunia semakin aneh dan tanda-tanda kehadiran zaman ais mula mengganggu rutin kampus mereka. Bersama dua sahabat setia, Erina dan Muqri, Fahmi cuba menyelamatkan Yannie ... tapi semakin dia cuba, semakin takdir mempermainkan mereka. Apabila dunia mula membeku di hadapan matanya, Fahmi terpaksa memilih, iaitu menyelamatkan cinta ... atau menyelamatkan masa depan seluruh dunia? Kesan Rama-Rama merupakan sebuah kisah tentang cinta yang mustahil, pengorbanan yang menggentarkan dan pencarian makna dalam kekacauan ruang dan waktu.

Avg Rating
4.67
Number of Ratings
3
5 STARS
67%
4 STARS
33%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved