
"KAU tahu sebab apa tak ada rukuk dalam solat jenazah?" Langkah Zaim Iskandar tertahan. Dia menoleh. Ombak yang menghempas tebing batu itu seolah-olah melambai Zaim untuk terjun. Otaknya betul-betul bercelaru. "Entah, mana aku tahu!" Sakit pula hati Zaim. Tetapi soalan itu menarik perhatiannya juga. "Tiada rukuk dalam solat jenazah," ucap gadis berkemeja kotak-kotak itu lagi. "So?" Dia hampir menjerit. Gila apa perempuan ni? Eh, kau yang gila! Sebab perempuan, sanggup nak terjun laut. Hatinya berbolak-balik. Arghhhh! Zaim mahu menjerit. Tetapi dia mulai ragu-ragu dengan keputusannya. Benarkah dia sudah sebegitu nekad mahu mencabut nyawanya sendiri? "Dunia ini memang kejam untuk orang yang lemah. Kadang-kadang orang lain yang menusukkan pisau, tetapi kita pula yang harus mengemis meminta maaf, hanya kerana darah kita menitis di kakinya." - ZAIM ISKANDAR Ibaratnya kasut. Jika bukan ukuran kita, maka lepaskanlah kasut itu kerana ia akan menyakiti. Carilah kasut yang membuat kita selesa... kerana kasut yang selesa akan menemani sejauh mana pun kita melangkah tanpa membuat kaki kita terluka ..." - AIRA SOFEA Mampukah cinta Zaim terhadap Aira bertahan setelah kekasih lama hadir kembali tatkala dia telah memiliki segala-galanya?