![Ketupat Cinta [Musim Pertama] book cover](https://images-na.ssl-images-amazon.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495i/6415559.jpg)
Part of Series
Ketupat Cinta Tun Lepat disumbat dalam tahanan? Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam Istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran. Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap? ___________ Reka Bentuk Kulit : Sinaganaga Tipografi & Reka Bentuk : Norfadilah Zakaria KANDUNGAN Talam Keladi Untuk Permaisuri :9 Ayam Buah Keluak Tun Nyonya :23 Roti Chennai Tun Senaja :36 Bubur Ratapan Asyura :49 Bom Kak Melah :63 Gulai Batang Pisang Parameswara :76 Sekapur Sirih Setempayan Tuak :90 Asam Pedas Berkat :104 Sesedap Tongkol Perap Shakuntala :116 Nasi Minyak Beri Harapan :129 Laksa Champa Lo'Lo Ganish :142 Madrasah Makan :156 Ayam Masak Hijau Seraiwati :170 Lemaknya Nangka Munira Kurin :184 Sambal Kentang Bukan Mengidam :197 Pincuk Daging Mail Rebung :210 Serunding Kelapa Sembuhkan Badang :225 Nasi Kunyit Permaisuri Baharu :239 Tiga Sajian Pisang :252 Pisang Bukan Sebarang Pisang :266 Pemberontakan Bahulu Kampung :279 Bengkang Kentang Awal Petaka :291 Cucur Badak Buat Parameswara :303 Tepung Gomak Bawa Belayar :316 Epok-Epok Santapan Terakhir :327 Serabai Air Mata :340 Tapai Pulut Tengku Tembam :353 Syahid Sotong Tahi Minyak :365 Acar Ikan Betuk Bawa Muqabalah :378 Asam Tetel Dari Jauh :391 Glosari :403
Author

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P