
"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad- "Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir. Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul. Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman. Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi. Dedikasi Kesaksian Nabi Pendahuluan Selayang Pandang Khadijah Mengapa Khadijah? Salasilah Khadijah Kediaman Khadijah Khadijah Semasa Prakenabian Perkahwinan dan Keturunan Sebelum Rasulullah Khadijah Penganut Agama Ibrahim Pernikahan yang Penuh Berkat Mengapa Nabi Muhammad Memilih Khadijah Putera-putera Rasulullah daripada Khadijah Puteri-puteri Rasulullah daripada Khadijah Khadijah: Potret Nyata Sebuah Keyakinan Kehidupan Semasa Berada di Gua Hira Permulaan Wahyu, Khadijah dan Waraqah bin Naufal Berita Gembira Khadijah Sembahyang Bersama Rasulullah Pemahaman Khadijah yang Mendalam Syahidah Suci Pemergian Khadijah Kalung… dan Sebuah Kenangan Indah Peringatan Kelahiran Khadijah di Kalangan Penduduk Mekah Peranan Syair dalam Memuliakan Khadijah Aku Datang Dengan Kemuliaan Hadis-hadis Mengenai Kehidupan Khadijah Penutup