
Beliau adalah seorang penulis kreatif yang kritis dan terkenal melalui buku panduan kembaranya "I'm A Backpacker: Europe" dan juga buku kritikan sosialnya seperti "Mentaliti Jamban" dan "Mentaliti Masih Jamban". Ketiga-tiga buku ini pernah tercalon untuk anugerah buku terbaik dan salah satu buku pernah memenanginya pada tahun 2017. Hampir kesemuanya buku-buku beliau yang lain juga pernah berada di carta "bestseller" di rangkaian kedai buku utama seluruh negara. Selain menulis beliau juga adalah seorang penceramah bebas yang sering dijemput ke sekolah dan universiti serta institusi lain di seluruh negara untuk memberi motivasi serta berkongsi pandangan dan pengalaman beliau di dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia. Beliau yang kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Komunikasi di UiTM Shah Alam adalah seorang bapa tunggal yang sedang membesarkan 3 orang anak yang masih kecil bersendirian setelah kematian isterinya. Beliau pandai memasak dan sangat baik orangnya.