
Enam belas penulis ‘Keluarga JS’ (Adiwarna & Jemari Seni) ‘berpadu suara’ untuk berbicara fasal cinta dalam antologi lapan belas cerpen berwarna-warni ini. Koleksi cerpen Kisah Cinta Seribu Wajah ini adalah ‘kisah’ yang belum pernah diterbitkan di mana-mana media cetak. Dengarlah bagaimana penulis bercerita fasal kisah cinta mereka; fasal cinta mereka yang dekat dengannya; atau cinta mengikut pemerhatian dan pengertian mereka. Penulisan pelbagai gaya, latar dan teknik ini eksklusif dipersembahkan buat pembaca ‘Keluarga JS’ sebagai hadiah daripada kami untuk anda. Inilah mereka – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.