

Kitab Tamadun Melayu
Series · 2 books · 2015-2024
Books in series

#1
Kitab Tamadun Melayu
2015
Wahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu. Adakah anda sudah lupa tentang bagaimana bangsa kita dipuja oleh penghuni dunia? Dari tempat bersemayam Izanagi, perlahan-lahan berita tentang kita merayap ke Sungai Kuning yang menyimpan seribu legenda raja agung dari kayangan dan juga ketika kita pernah dijulang di bumi Mahabharata yang menjadi latar sebuah cerita para dewa. Tetap harum di tanah Arab tempat lahirnya Nabi akhir zaman dan kisah kita pernah terpasak di tanah para nabi, tempat kononnya Isa disalib. Khabar mengenai kita tetap bersemayam di hujung Eropah, bumi dua anak kembar yang dijaga serigala lalu terbitnya sebuah empayar. Ketika 88 bahasa ditutur di pelabuhan teragung, bahasamu tetap menjadi raja. Kata seorang pendeta Belanda, “Kau bukan seorang intelektual, jika bahasa ini tidak sebati dengan lidahmu.” Wahai bangsa perang, wahai bangsa pendeta, wahai bangsa diplomat agung, bangkitlah mengembalikan keagungan!

#2
Kitab Tamadun Melayu II
2024
"Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda." - Hassan Al-Banna
Kitab Tamadun Melayu II membuka jendela ke masa lalu yang kaya dengan warisan, mengupas kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang tersebar di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Alam Melayu di Sumatera, Riau, dan Kepulauan Borneo.
Tamadun Melayu adalah mozaik yang berwarna-warni, merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang membentuk identiti dan warisan sebuah bangsa.
Dari bahasa dan seni bina yang unik, hingga ke sistem pemerintahan yang kompleks, setiap elemen memberikan wawasan tentang kebijaksanaan dan kreativiti masyarakat Melayu. Malahan cerminan kecemerlangan manusia dalam mengadaptasi dan berkembang dalam cabaran dan perubahan zaman.
