Margins
2019
First Published
3.82
Average Rating
424
Number of Pages

Sebuah platun yang diketuai oleh Leftenan Zarul telah diarahkan untuk menyelesaikan satu operasi sulit dan penting. Mereka dikehendaki mengesan dan seterusnya menghapuskan ketua-ketua lanun dan pengganas yang dikatakan akan mengadakan satu pertemuan sulit. Pertemuan itu bakal diadakan disebuah pulau yang agak terpencil. Malang tidak berbau apabila secara tiba-tiba seorang demi seorang anggota platun didapati hilang tanpa dapat dikesan. Ini menyebabkan tugasan yang dipikuloleh Leftenan Zarul menjadi bertambah rumit dan sukar. Tanpa Leftenan Zarul dan anak buahnya ketahui bahawa ada sesuatu yang sedang menunggu dan bakal membaham kesemua mereka. Diwaktu yang sama Leftenan Zarul merasakan dipulau itu ada sesuatu yang tidak kena. Kemunculan doktor Ridzuan ditengah rimba belantara itu juga menjadikan Leftenan Zarul semakin keliru. Kenapa lelaki itu berada ditengah perut hutan yang tiada pennghuni? Dapatkah Leftenan Zarul dan anggota platunnya yang lain menjayakan operasi mereka? Apakah pula yang sedang menunggu dan membiak ditengah belantara hijau itu? Yang lebih penting dapatkan mereka melepaskan diri dari pulau tersebut?

Avg Rating
3.82
Number of Ratings
11
5 STARS
18%
4 STARS
45%
3 STARS
36%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 36 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved