
MASTURBASI dalam buku ini tidak merujuk kepada perbuatan fizikal tetapi hanyalah sebuah konotasi yang mengejek diskusi intelektual yang tidak menatijahkan apa-apa perubahan. Puisi yang dikumpulkan sejak 2011 mengekspressikan perasaan dalam perkataan yang terhad dan cuba lari daripada norma puisi biasa. Ia bersurah tentang dosa-dosa yang telah dianggap biasa (norma), menyentuh tema kemiskinan, pembodohan, kemunafikan (catakserukin) dan pembaziran. Menurut Abror Rivai dalam prakatanya, Benz ini lantang bersuara kerana tanpa disedari hari-hari yang dilalui itu telah dipenuhi dengan sembahan, berupa kepatuhan sekonyong-konyong terhadap kepercayaan yang simplistik. Sedangkan sindirnya, orang-orang agama semakin jahat merembat, ahli politik semakin berseteru dalam semua perkara tapi lucu bila bersatu naik gaji.
Author
