Padang pasir kontang dan tandus di sepanjang Laluan Sutera mengundang pelbagai cabaran. Ribut pasir melemaskan, selaran kulit dan juga dehidrasi... Segalanya serba mencabar! Ikuti pengembaraan keluarga Seo-Ji dalam misi pencarian istimewa mereka di Laluan Sutera. Suhu padang pasir yang ekstrem bukan satu masalah bagi mereka! Apa yang penting, kerjasama dan kasih sayang antara ahli keluarga sebagai pemangkin kejayaan. Komik ini memberikan panduan lengkap tentang ikhtiar hidup di padang pasir! Khas untuk adik-adik yang sukakan cabaran dan akitiviti lasak!