Margins
Kronikel Dewata book cover 1
Kronikel Dewata book cover 2
Kronikel Dewata
Series · 2 books · 2023

Books in series

Batara Guru book cover
#1

Batara Guru

2023

“Tiga mentari. Tiga purnama. Seratus bintang. Seribu kegelapan. Toh Rimpun Alam terimalah korbanan ini. Yang terzahir. Yang terselindung. Yang maha kuasa. Toh Rimpun Alam bangkitlah daripada tidurmu. Kami di hujung menjulang takhtamu.” Terpinga-pinga Detektif Hawa dan Chaira mendengar terjemahan Ezani itu. “Itukah maksud ayat-ayat yang membentuk lingkaran itu?” tanya Detektif Hawa. “Lebih kurang begitu,” jawab Ezani dengan wajah berkerut. “Cuma bahagian yang mengaktifkan mantera ini aku langkau. A little bit of change in context.” “Toh Rimpun Alam?” tanya Chaira pula. “Bapa laut. Ketua kepada segala hyang. Dewa. Kepercayaan Melayu sebelum Islam bertapak. Apa yang jelas, ia bukan syaitan yang kita buru sekarang. Ini lebih purba… arkaik.” “Lebih purba, maksudnya?” tanya Chaira lagi. “Kita tahu yang usia menentukan kekuasaan. Jika Sang Ghaib berusia ribuan tahun, maka Toh Rimpun Alam yang dimaksudkan ini jauh lebih purba.” \ \ \* Tahun 2311 Samudera Mega menenggelamkan bumi. Memisahkan manusia ke dalam dua golongan; penghuni kota langit dan penghuni puing. Tika kekayaan merajai penghuni kota langit, penghuni puing pula bertunjangkan ketakutan kepada para dewa untuk meneruskan kehidupan. Ezani dan Chaira, dua orang kasyaf berhasrat untuk menamatkan manipulasi entiti ghaib ke atas manusia. Kebangkitan Toh Rimpun Alam membuka suatu dimensi kebenaran yang sekian lama dinafikan oleh Ezani. Batara Guru. Kelahiran semulanya menuntut beberapa perkara. Mampukah Ezani mendepani hakikat masa silamnya yang pekat gelap?
Chaira book cover
#2

Chaira

2023

Tahun 1511 Desa Dika Tiada kejahatan. Tiada syaitan. Tiada jin mahupun jembalang. Desa Dika ibarat syurga di bumi – suatu utopia. Hal itu membuatkan Chaira curiga. Utopia sering menyimpan celakanya – tersorok rapi dalam keamanan. Api Sarwa itu orangnya laki-laki yang kurus tapi tegap. Meskipun Chaira menyedari dirinya berada dikelilingi bunian, tetapi Api Sarwa memiliki aura berbeza daripada mana-mana makhluk ghaib yang dia ketahui. Entah mengapa, dia dapat merasakan suatu perasaan suci ataupun persih menyelubungi Api Sarwa. Namun begitu, di sebalik rasa sakral yang teramat itu, dia dapat melihat bayang-bayang kejahatan yang luar biasa terkurung dalam diri Api Sarwa. Bayang-bayang serupa yang menuruti jejak Ezani. “Adakah ini masa depan atau masa silam?” “Di mata Api Sarwa, masa hadapan mahupun masa silam tidak wujud. Ia suatu kitaran yang boleh kami kelilingi semahu hati tanpa mudarat.” \\\\\\\* Tahun 2311 Genosid Kultus Tok Baki membangkitkan dua realiti berbeza di mata dua orang kasyaf, Ezani dan Chaira. Di mata Chaira, entiti yang harus ditentang adalah Jagat Gelap, iaitu bayang-bayang Api Ilahi yang menuruti perwarisan keluarganya zaman-berzaman. Di mata Ezani, dia harus menghalang Toh Rimpun Alam daripada terus-terusan memusnahkan Kota Langit Kuala Lumpur. Api Ilahi, makhluk lima dimensi, bermain waktu di jari-jemarinya, mencapah realiti menurut hatinya. Di realiti yang mencapah, nilai manusiawi mula rapuh.

Author

Lokman Hakim
Lokman Hakim
Author · 10 books

Author of 23 novels, 11 novellas, 3 collection of short stories, 2 poetry collections and a nonfiction. Shortlisted for Commonwealth Short Story Prize 2019. In 2024, he had been awarded "Anugerah Penulis Harapan Sarawak" for "Anugerah Sastera Sarawak ke-11". His short stories had won awards such as Hadiah Sastera Selangor 2019 and Hadiah Sastera Penulis Sarawak 2019 & 2020. His short stories entitled "Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung..." "Selimut", "Masjid" & "Tiga Cerita Tentang Bahasa" had been awarded Main Prize for Short Story in Hadiah Sastera Selangor 2021, Hadiah Sastera Penulis Sarawak 2022 & 2024 and Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 respectively. He writes short stories on weekly basis and had his short stories featured in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved