
KUASA KATA: dari lisan mengalir ke lautan aksara Perkongsian pengalaman manis & mengesankan, mengujakan & menggugah fikiran; kaedah pendidikan umum khasnya hal bahasa dan sastera dalam kalangan anak-anak di rumah, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di institusi perguruan, dalam kalangan penulis dan kepimpinan badan penulis serta sebagai ahli masyarat yang prihatin dan peka. MAHAYA MOHD YASSIN, penulis juga pendidik - dikenderainya kedua-dua sekali, lisan dan kalam. Terlalu akrab dua bidan gitu menyatu dalam dirinya, sehingga sukar mengidentifkasikan yang satukah lebih mendominasi. 34 Tahun (1970 - 2004) berkhidmat sebagai pendidik bahasa dan sastera Melayu, beliau bermula sebagai guru sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan berakhir sebagai Pensyarah Cemerlang di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Karyanya mula-mula tersiar dalam edia arus perdana ketika usanya belasan tahun. Hari ini, beliau terus menyumbang kepada ibu pertiwi menerusi pelbagai jawatankuasa yang dianggotainya, bengkel dan ceramah, slot di radio serta karya multigenre. Memoir ini bukan bermaksud merakamkan renkuhan zaman yang digulati semata-mata tetapi yang lebih utama, menyodorkan iktibar dan ilmu daripada pengalaman yang dijuraikan. Pengisian berupa kaedah dan teknik pendidikan bahasa, sastera dan sahsiah dapat dimanfaatkan oleh golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar; manakala kisah perjuangan dengan mata pena dan persatuan amat bermanfaat buat para karyawan dan calon penulis. Disiratkan juga formula keteguhan cinta, sebagai buah daripada perimbangan kasih dan kasihan - rahsia yang elok diketahui oleh sesiapa jua. Moga memoir ini memancarkan inspirasi kepada khalayak tentang nyalaan semangat yang tidak pernah surut-surut dalam hal kecintaan terhadap bahasa dan sastera, yang merupakan tunjang kepada budaya bangsa, walau di mana-mana. KANDUNGAN Senarai Kependekan Catatan Editor Pendahuluan 1. LIMPAHAN KASIH SAYANG Rumah Limas Lereng Bukit Sawah ialah Madrasah, Emak Guru Pertamaku Membudaya Tabiat Abah, Personaliti Menara Lompat Kelas 2. JAUHARI JIWA Guru-guru yang Penuh Dedikasi Impian nan Menggunung Ilham Peneroka Ujian yang Melanda Lagi Tabiah Membaca 3. WADAH PERJUANGAN Tibanya Musim Baharu Menyinggahi Meja Editor dan Penerbit Radio Di Sini Berkembang Segala Jasa Mereka yang Berdedikasi 4. PENGALAMAN BERHARGA Ghairah Seorang Guru Menisnya Hari Guru yang Pertama Mereka nan Sentiasa di Hati Pembakar Semangat Mendirikan Rumah Rindu 5. PELUNASAN TANGGUNGJAWAB Peluang Merona Keluarga yang Menyatu Maka Ujian pun Tambah Rimbun Keghairahan Baharu Indahnya Impian nan Maujud Takah Menanjak Lagi Medan Baharu Lagi Ratnaku Pulanglah ke Gagang 6. JUZUK-JUZUK UTAMA Pangkal nan Tunjang Bersama-sama Karya Kami Mekar Latihan yang Amat Berharga Tawaran di Persimpangan Mendahulukan Asuhan Budi Bahasa Asas Segala, Lambang Cendekia Tibanya Ujian nan Getir Pilihan Sekolah Anak-anak Bersabar dan Memperkuat Kesabaran Pulangnya Mereka ke Kampung Abadi 7. KERJAYA IBADAH Tempat Jatuh Lagi dikenang Nilai Tambah Dugaan Lagi Akrab dengan Pelajar Anugerah nan Tidak Terimpikan Hari Itu Pun Tibalah 8. ARENA TERBUKA Medan-medan untuk Berbakti PEN dan Kitaran Sejarah Peribadi Cakna di Udara Muhasabah Rujukan Latar Belakang Pendidikan & Profesion Daftar Karya & Pencapaian