Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Kucing Paling ...
Kucing Paling ...
Series · 5 books · 2018
By
Ain Maisarah
Books in series
#1
Kucing Paling Manja
2018
Kucing Paling Manja menceritakan kisah tentang seeor kucing yang bernama Diva. Diva adalah baka kucing mahal dan dijaga dengan sangat hebat oleh pemiliknya. Ia tidak dibernakan keluar rumah, bermain-main d rumput atau bercampur dengan kucing-kucing lain. Takut hilang, takut diambil orang! Oleh kerana kucing ini terlalu dimanjakan dan dijaga secara keterlaluan, maka tidurnya pun dalam bilik berpenghawa dingin. Diva dipakaian stokin! Buku ini ingin menerapkan pengajaran bahawa kucing juga perlu kebebasan. Kucing juga perlu menikmati kehidupan tabiat semulajadinya yang tidak boleh dinafikan.
#2
Kucing Paling Gemuk
2018
Ini kisah tentang seekor kucing yang paling gemuk, bernama Mokmok. Dahulu kucing ini adalah kucing biasa yang lincah dan ceria. Namun oleh kerana tidak dijaga baik, si kucing berubah menjadi gemuk. Tuan Mokmok mempunyai amalan pemakanan yang tidak sihat. Suka makanan manis. Menikmati makanan egera seperti burger, piza dan sosej pada kadar yang sangat kerap. Mokmok juga diberi makanan yang sama, tiada menu kucing khas. Tiada susu kucing yang berkhasiat. Akibat daripada amalan pemakanan tersebut, Mokmok menjadi kucing bersaiz XXL. Tidak sihat dan tidak mampu bergerak aktif. Buku kanak-kanak ini mengajar pembaca supaya memahami cara-cara penjagaan kucing yang betul dan tidak menganiaya binatang. Kucing perlu diberi makanan dan minuman yang bersesuaian, bukan menu yang sama dengan selera manusia.
#3
Kucing Paling Nakal
2018
Cacah kucing yang teramat lincah, terlalu hebat menyelerakkan rumah. Segala yang ada di hadapan mata jadi permainannya. Kotak diselongkar, tisu dikoyakkan. Kucing ini bertukar menjadi nakal apabila tuan yang menjaganya berpindah ke sekolah asrama. Orang dewasa lain di dalam rumah pula tidak mengendahkannya dan tidak melayannya. Mengapa kucing suka mencakar? Mengapa kucing suka bermain tali? Buku ini lengkap meberitahu, cara-cara penjagaan kucing yang sebenar.
#4
Kucing Paling Garang
2018
Ini kisah tentang seekor kucing yang paling garang, bernama Gargar. Kucing ini bertukar menjadi garang apabila seringkali didera manusia tatkala sesat daripada tuannya. Tidak dapat mencari jalan pulang... sepanjang masa dipukul dan dihalau. Lebih tragis, oleh kerana mahu meminta makanan di sebuah kedai, kucing ini disimbah air panas! Sejak itu, ia menjad kucing paling garang, tidak suka manusia dan tidak boleh didekati sesiapa jua. Buku kanak-kanak ini sarat dengan pengajaran agar pembaca cilik sedar bahawa kucing adalah makhluk ciptaan Tuhan. Ada perasaan, ada rasa kesakitan. Buku ini mahu menerap kesedaran supaya kanak-kanak tidak menyakiti kucing, malah cuba melindungi dan menjaganya dengan baik.
#5
Kucing Paling Busuk
2018
Kisah ini menceritakan tentang sisi kehidupan seekor kucing gelandangan. Tiada rumah dan tiada tuan. Namanya Ucuk kerana badanya busuk sangat. Bukan setakat busuk kerana dijangkiti kutu dan kudis, kucing jalanan ini juga tidak dapat menikmati makanan yang bersih. Buatkan ia bertambah sakit. Mujurlah ada yang simpati. Seorang kanak-kanak perempuan membawa si kucing busik balik. Dimandikan, diberi makan dan dibawa ke doktor veterinar. Si kucing busuk kini berubah rupa, jadi elok dan dipeluk-peluk. Dalamnya penuh warna, penuh dengan cara menjaga kucing, adab memelihara binatang kesayangan, dan kisah comel kucing.
Author
Ain Maisarah
Author · 124 books