Margins
Kumpulan Puisi Kota Subuh book cover
Kumpulan Puisi Kota Subuh
2013
First Published
4.22
Average Rating
62
Number of Pages

Ditukangi dalam persekitaran kesunyian Subuh yang ruangnya tumpat dengan kata-kata dan punya bahasa yang sukar difasihi. Dua bahagian dalam kumpulan puisi merakam pengalaman peribadi dan perjalanan kerohanian kendiri serta catatan protes marah, simpati dan teladan. Bahagian "Madrasah Muhasabah" mengumpulkan 15 puisi yang lebih peribadi degupnya dan refleksi serta retrospeksi tentang kefakiran dan kekerdilan manusia sebagai hamba-Nya. Manakala bahagian 'Nota-nota Renyuk" daripada suara pelbagai bahasa dan jarak geografi yang mencakupi ruang sejarah, politik dan kemanusiaan. Dua bahagian yang saling menyempurnakan penggeledahan nurani dan kegalauan konflik kemanusiaan dalam kumpulan puisi ini.

Avg Rating
4.22
Number of Ratings
32
5 STARS
44%
4 STARS
38%
3 STARS
16%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Fahd Razy
Fahd Razy
Author · 12 books

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved